Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbit video tengkarah di Linkedua Tuas minta awam henti ganggu pasangan dalam video

Jul 11, 2022 | 10:27 PM



Lelaki yang memuat naik video yang menunjukkan pertikaian melibatkan pemandu lelaki dan penumpang wanita kereta Kia warna merah semasa kesesakan lalu lintas berkata pihak awam harus berhenti mengganggu pasangan itu.



Insiden itu berlaku berhampiran LinKedua Tuas dan kini sedang disiasat polis di Malaysia dan Singapura.



Dalam video yang diterbitkan pada Sabtu (9 Julai) itu yang kini telah dikongsi secara meluas di media sosial, seorang wanita boleh dilihat mengadang kereta Toyota Alphard hitam sementara seorang lelaki menunjukkan isyarat tangan ke arah kereta yang sama.



Lelaki yang memuat naik video itu, Encik Muhammed Haziq berkata orang yang ditunjukkan dalam video itu sedang dilayan secara tidak adil dan beliau berasa simpati.



Beliau juga sedar ada warganet yang telah membongkar butiran peribadi yang didakwa berhubung wanita dan pemandu lelaki itu.



“Kami kurang pasti sama ada butiran yang dibongkar itu benar-benar mengenai wanita itu dan jika lelaki itu adalah suaminya. Keluarga saya tidak tahu jika mereka harus percaya apa yang diterbitkan di dalam talian,” kata Encik Haziq, seorang pegawai awam.



Menambah, beliau berkata cara wanita itu dilayan tidak adil dan beliau menghargai jika pihak awam tidak menerbitkan gambar-gambarnya,” kata Encik Haziq, 25 tahun.



Sementara itu, polis di Singapura memberitahu The Straits Times ia telah menerima satu laporan mengenai doxxing, atau perbuatan mengganggu seseorang di dalam talian.



Encik Haziq, berkata beliau tidak bersama keluarganya dalam kereta semasa insiden itu berlaku.



Bapanya, yang berusia 51 tahun, sedang memandu kereta itu bersama ibunya, juga 51 tahun. Dua adik perempuan Encik Haziq, berusia 9 tahun dan 17 tahun, bersama mereka.



Keluarga itu sedang menuju ke hartanah yang dimiliki mereka di Forest City, di Johor Baru.



Selepas Encik Haziq menerbitkan video di Facebook SG Road Vigilante, warganet telah membongkar maklumat peribadi orang yang didakwa berada dalam kereta Kia berwarna merah.



Polis berkata pihak yang didapati bersalah menerbitkan maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang, dan dengan hasrat untuk menganggu, menyebabkan keganasan atau perasaan diancam diperlaku secara ganas boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda $5,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >