Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima bantuan kewangan pemerintah naik dalam Covid-19

Masagos: Langkah bantuan beri benefisiari sokongan bagi tempoh lebih panjang
Oct 14, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai orang menerima bantuan kewangan daripada pemerintah semasa pandemik Covid-19, dengan sekitar 96,000 benefisiari dibantu menerusi skim ComCare dalam tahun kewangan lalu.



Ini adalah kenaikan 22 peratus daripada sekitar 78,600 penerima bantuan pada tahun kewangan 2019.



Peningkatan itu sebahagian besarnya disebabkan 35,700 isi rumah yang menerima Bantuan Jangka Pendek Hingga Pertengahan (SMTA) bertambah 24 peratus daripada 28,800 isi rumah dalam tahun kewangan 2019, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam.



Secara keseluruhan, pemerintah memberi bantuan wang tunai berjumlah $236 juta menerusi skim ComCare dalam tahun kewangan 2020 - bertambah 56 peratus daripada $151 juta dalam tahun kewangan sebelumnya.



Perangkaan tersebut didedahkan dalam Laporan Tahunan ComCare bagi tahun kewangan 2020, merangkumi tempoh April tahun lalu hingga Mac lepas, yang dikeluarkan bersama Laporan Trend ComCare bagi tahun kewangan 2016 hingga 2020 semalam.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pemerintah komited mewujudkan sebuah masyarakat yang meningkatkan kehidupan, dengan semua rakyat Singapura mempunyai peluang majukan diri dan keluarga mereka.



"Ramai keluarga dan individu terjejas oleh kesan sosial dan ekonomi pandemik Covid-19 yang sedang berterusan, dan itu sebabnya kami menjadikan lebih mudah bagi mereka mendapatkan sokongan kewangan dan bangkit semula lebih kukuh.



"Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam usaha ini, dan kami berharap lebih ramai orang dan pertubuhan akan tampil untuk bekerjasama dengan kami demi membantu mereka yang memerlukan," kata Encik Masagos.



Di bawah ComCare, bantuan diagih menerusi skim SMTA, Bantuan Jangka Panjang (LTA), Bantuan Kewangan Yuran Penjagaan Pelajar (SCFA) dan Skim Bantuan Sementara.



Pejabat Khidmat Sosial fleksibel beri bantuan dalam Covid-19



Di bawah ComCare, bantuan diagih menerusi skim SMTA, Bantuan Jangka Panjang (LTA), Bantuan Kewangan Yuran Penjagaan Pelajar (SCFA) dan Skim Bantuan Sementara.



Menurut laporan itu, jumlah wang tunai yang diagih kepada penerima bantuan SMTA pada tahun kewangan lalu meningkat sekitar 77 peratus kepada sekitar $183 juta.



Ini menunjukkan kesan ekonomi Covid-19 dan fleksibiliti yang dilaksana Pejabat Khidmat Sosial (SSO) semasa pandemik ini untuk menyediakan ComCare, kata MSF.



"Misalnya, MSF secara automatik melanjutkan tempoh sokongan bagi benefisiari ComCare sedia ada yang tempoh bantuannya berakhir antara Mei dengan Oktober 2020 selama enam bulan lagi, untuk memberi mereka lebih banyak masa untuk menstabilkan keadaan.



"Kebanyakan benefisiari ComCare baru yang diberi bantuan antara April dengan Disember 2020 menerima bantuan sekurang-kurangnya selama enam bulan," kata kementerian itu.



Sementara itu, jumlah penerima bantuan LTA dan SCFA kekal stabil sepanjang tahun kewangan 2016 hingga 2020.



Jumlah keseluruhan keluarga yang dibantu setiap tahun melalui LTA ialah sekitar 4,100 hingga 4,400, manakala jumlah kanak-kanak yang menerima SCFA adalah sekitar 7,300 hingga 8,400 sepanjang lima tahun kewangan itu.



Laporan itu menjelaskan lagi khusus bagi tahun kewangan lalu, jumlah keluarga yang menerima LTA berkurangan sekitar 2 peratus kepada sekitar 4,100.



Jumlah kanak-kanak yang menerima SCFA, bagaimanapun, meningkat sekitar 3 peratus kepada sekitar 10,000 orang pada tahun kewangan lalu.



Ini disebabkan peluasan kelayakan pendapatan bagi bantuan itu pada Julai tahun lalu, dan usaha sekolah yang secara proaktif mendaftarkan pelajar yang boleh mendapat manfaat daripada penjagaan selepas sekolah di pusat penjagaan pelajar di sekolah, kata MSF.



Dalam pada itu, jumlah individu yang dibantu melalui Skim Bantuan Sementara pada tahun kewangan lalu bertambah sekitar 21 peratus kepada 9,400 orang.



"Serupa kenaikan jumlah SMTA, ini disebabkan kesan Covid-19.



"Bantuan Sementara diagih menerusi tempat bantuan masyarakat bagi menyediakan bantuan kewangan dengan cepat kepada individu dan keluarga yang mempunyai keperluan cemas," ujar MSF.



Dari segi profil isi rumah, laporan itu berkata tidak ada banyak perubahan bagi penerima SMTA dan LTA sepanjang lima tahun kewangan lalu.



Ini dapat dilihat dalam kategori kumpulan usia, kelayakan pendidikan, status pekerjaan dan perkahwinan, jantina, jenis kediaman dan saiz serta komposisi isi rumah.



Misalnya, isi rumah dengan pemohon utama berusia 45 hingga 64 tahun membentuk kira-kira separuh daripada mereka yang dibantu dengan SMTA - satu trend yang konsisten dari tahun kewangan 2016 hingga 2020.



Dalam pada itu, MSF berkata pihaknya secara aktif mendekati keluarga yang mungkin memerlukan sokongan tambahan demi memastikan mereka sedar dan boleh mendapatkan bantuan ComCare.



Ini termasuk bekerjasama dengan Rangkaian Masyarakat SG Cares untuk mendekati 50,000 isi rumah yang tinggal di rumah sewa dalam tahun kewangan lalu.



"MSF terus bekerja rapat dengan agensi khidmat sosial dan rakan masyarakat lain untuk menyediakan lebih banyak bantuan menyeluruh, mudah dan terselaras untuk menyokong individu dan keluarga memerlukan dengan lebih baik," kata kementerian itu.



MSF juga akan memperluaskan inisiatif ComLink - yang menyatukan rakan sektor masyarakat, swasta dan awam untuk membantu keluarga mempunyai anak yang tinggal di rumah sewa - kepada 21 bandar seluruh negara dalam dua tahun mendatang, yang dijangka memberi manfaat kepada sekitar 14,000 keluarga.



Infografik: LAPORAN COMCARE TAHUN KEWANGAN 2020




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >