Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Penerima bantuan Pertapis belajar cara kawal marah, gelisah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penerima bantuan Pertapis belajar cara kawal marah, gelisah

Jan 31, 2021 | 05:30 AM

APABILA hidup tertekan, perasaan marah atau gelisah mungkin ditunjukkan. Tetapi dengan pengetahuan mengawal emosi itu, tekanan mungkin dapat dihadapi dengan lebih tenang.

Itulah yang dipelajari sekitar 40 penerima bantuan Tabung Amal Jariah Pertapis, yang pelajari cara mengesan tanda dan menangani trauma dalam satu bengkel kesihatan mental anjuran pertubuhan itu di Wisma Geylang Serai semalam.

Bertajuk Penjagaan dan Kepekaan Trauma, bengkel itu merangkumi amalan menghadapi tekanan bagi membantu individu mengurangkan rasa tertekan dan kegelisahan.

Anggota Parlimen GRC Marine Parade yng juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang hadir, berkata program itu "memberi satu wadah, yang penting sekali, untuk masyarakat kita memahami apakah isu-isu mental dan juga cara-cara kita mengatasinya".

"Bagi saya, ia penting kerana ini memberikan jalan keluar untuk sesiapa yang mengalami masalah ini dan mengetahui apakah isu dan tanda-tanda ketika rasa tertekan dan sebagainya," katanya.

Beliau berharap lebih banyak inisiatif sedemikian dianjurkan di kawasan menggunakan wadah sedia ada seperti M Kuasa Tiga (M³) @ Wisma Geylang Serai, yang dilancarkannya baru-baru ini.

"Saya rasa ada peluang bekerjasama lebih rapat dengan masyarakat untuk mengetahui isu-isu dan membantu mereka, bukan dari segi isu kewangan atau lain saja, bahkan kesihatan mental," ujarnya.

Antara peserta bengkel itu ialah Cik Zuliha Dolah, 41 tahun, yang berkata ia mengajar beliau cara mengawal emosi dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

"Sebelum ini, saya tidak tahu-menahu hal-hal berkaitan minda tapi melalui bengkel ini, saya pelajari banyak perkara. Ada banyak penggunaannya," ujar beliau.

Peserta turut mempelajari cara menangani perangai anak. Misalnya, ibu bapa harus menghadapi anak dengan cara berhikmah dan bukan menunjukkan perasaan marah apabila mereka membuat kesilapan.

Bengkel semalam sebahagian daripada siri bengkel kesihatan mental kendalian Unit Kaunseling dan Penjagaan Pertapis, yang bermula awal bulan ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3