Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima biasiswa MHA mahu ceburi kerjaya beruniform sumbang kepada negara

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS ditugaskan menangani satu kes domestik yang melibatkan keganasan antara pasangan suami isteri semasa menjalani Pekhidmatan Negara (NS), penerima biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Encik Mohammad Afiq Ihan Mohammad Hussien sedar akan cabaran dan ancaman benar yang dihadapi pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF).



Namun, Encik Afiq, 21 tahun, yang menyandang jawatan sebagai pegawai polis Pasukan Respons Darat (GRF) di Pasir Ris antara November 2020 dengan Februari lalu, juga kagum melihat profesionalisme yang ditunjukkan rakan sekerja sepenuh masa pada ketika itu semasa mengendali kes berkenaan.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) itu berkata:



"Apa yang membuat saya kagum adalah apabila saya lihat penyelia saya pada ketika itu membuat keadaan menjadi tenang menerusi pengalamannya sebagai ayah sendiri."



Menurut Encik Afiq, pergaduhan antara suami isteri itu adalah disebabkan hak jagaan anak mereka.



Beliau berkata, apa yang dicontohi rakan sekerjanya pada ketika itu merupakan sesuatu tindakan di luar buku teks, dan berpunca daripada naluri seorang bapa sendiri.



"Kejadian itu membuat saya hingga sekarang mempunyai motivasi untuk menjaga keamanan masyarakat kita," tegasnya.



Lantas, beliau memutuskan untuk mendaftar sepenuh masa sebagai pegawai polis selepas NS - satu minat, yang menurutnya, semakin berkurangan antara belia seusia dengannya.



Beliau merupakan antara 26 pelajar di sini yang menerima biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam dalam satu majlis penyampaian biasiswa di Istana semalam.



Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, hadir dalam upacara itu selaku tetamu terhormat.



Beliau menerima biasiswa Anugerah Pembelajaran Tempatan Home Team, di bawah kategori biasiswa Beruniform MHA dan akan menerima pembiayaan yuran pembelajaran penuh, elaun dan terikat dengan bon selama empat tahun bersama SPF sesudah tamat pembelajarannya.



Tedapat dua penerima Biasiswa SPF, 11 penerima Biasiswa Beruniform MHA dan 13 penerima Biasiswa Bukan Beruniform (Civilian) MHA tahun ini, kata MHA.



Biasiswa Beruniform MHA ditawar kepada individu bermotivasi tinggi dan menunjukkan semangat terhadap menjaga keamanan dan keselamatan negara.



Penerima biasiswa berkenaan akan memulakan tugas mereka dalam jabatan Home Team sebagai pegawai beruniform seperti dalam SPF.



Encik Afiq, yang menuntut dalam jurusan kejuruteraan kimia, berkata:



"Saya berharap dapat menyumbang kepada SPF apabila saya diberi peluang kepimpinan pada masa depan nanti."



Anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu juga berkata beliau juga ingin memberi inspirasi kepada anak muda sekarang menyumbang kepada negara dengan menceburi kerjaya dalam kerja beruniform.




"Apa yang membuat saya kagum adalah apabila saya lihat penyelia saya pada ketika itu membuat keadaan menjadi tenang menerusi pengalamannya sebagai ayah sendiri.



Kejadian itu membuat saya hingga sekarang mempunyai motivasi untuk menjaga keamanan masyarakat kita."
- Encik Mohammad Afiq Ihan Mohammad Hussien, penerima Biasiswa Beruniform MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >