Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima dua dos vaksin Sinovac-CoronaVac tak perlu janji temu untuk dos ketiga

Dec 24, 2021 | 07:20 PM



INDIVIDU yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19 Sinovac-CoronaVac kini boleh mendapatkan dos ketiga mereka di pusat vaksinasi tertentu tanpa perlu membuat janji temu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (24 Dis).


Ini menyusuli pengumuman pada 2 Disember lalu bahawa mereka yang telah mengambil dua dos Sinovac-CoronaVac digalakkan mengambil dos vaksin Covid-19 ketiga sebelum 31 Disember ini, asalkan tiga bulan telah berlalu sejak dos kedua mereka.

MOH berkata sekitar 29,000 individu kini sudah boleh mengambil dos ketiga mereka setelah menerima dua dos  Sinovac-CoronaVac.


Ini akan membantu mengekalkan perlindungan daripda vaksin itu, kerana tahap antibodi daripada vaksin Sinovac-CoronaVac merosot dalam masa tiga hingga enam bulan selepas selesai mengambil dos kedua.


"Data antarabangsa menunjukkan bahawa sedang vaksin mRNA, terutama dengan vaksin penggalak, dapat memberi perlindungan terhadap varian Omicron, vaksin Sinovac-CoronaVac dan Sinopharm mengakibatkan kegiatan peneutral yang lebih lemah dan mungkin tidak cukup melindungi," kata MOH.


Ia menambah jika individu terlepas tempoh waktu untuk mengambil dos ketiga, status vaksinasi individu itu akan kembali ke 'dos tambahan diperlukan' dan akan tertakluk kepada langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi jika mereka tidak melakukan demikian.


Individu yang telah mengambil vaksin Sinovac-CoronaVac sebagai dos pertama dan kedua mereka kini boleh mendapatkan dos ketiga mereka tanpa janji temu di pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin Moderna atau pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty jika mereka berusia 60 tahun dan ke atas.


Mereka juga boleh ke Pusat Konvensyen Raffles City yang menawarkan vaksin Sinovac-CoronaVac tanpa memerlukan janji temu hingga 31 Disember.


Sementara itu, mulai Isnin (27 Dis), tiga pusat vaksinasi - Kelab Masyarakat Bishan, Kelab Masyarakat Canberra dan Kelab Masyarakat Tanjong Pagar - akan mula memberi vaksin Moderna selain vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty sedia ada.


Individu yang telah menerima dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna sekurang-kurangnya lima bulan lalu, tetapi belum menerima notifikasi SMS untuk mendapatkan suntikan penggalak, boleh ke mana-mana pusat vaksinasi tanpa memerlukan janji temu bagi mendapatkan suntikan itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >