Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Penerima mahu sumbang lebih banyak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB)

Penerima mahu sumbang lebih banyak

Ingin pertingkat bakti bukan dalam sahaja bahkan luar bilik darjah demi tinggalkan kesan pada masyarakat
Nov 07, 2021 | 05:30 AM

SERAMAI lima guru Bahasa Melayu menerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini sebagai pengiktirafan bagi sumbangan cemerlang mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Cikgu Manisah Osman, Cikgu Mohd Fuad Salim dan Cikgu Zulhafiz Zainal menerima anugerah tersebut bagi Kategori Teladan.

Cikgu Shaheda Salim dan Cikgu Nor Azlin Abdul Aziz pula menerima anugerah itu bagi Kategori Perangsang.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, yang hadir selaku tetamu terhormat di majlis penyampaian Agab 2021 fizikal di Max Atria di Singapore Expo semalam. Majlis itu turut diadakan dalam talian.

Lima guru itu terpilih daripada lapan finalis Agab tahun ini. Semasa ditemui semalam, mereka menyuarakan hasrat menyumbang lebih banyak bukan di dalam bilik darjah sahaja, bahkan luar demi meninggalkan kesan pada masyarakat.

Cik Shaheda, seorang guru Sekolah Rendah Perempuan Raffles, berkata anugerah itu mangkin bagi beliau bergiat lebih aktif bukan di sekolah sahaja, malah dalam masyarakat.

"Saya anggap ini satu amanah dan tanggungjawab saya sebagai guru untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang saya miliki bukan kepada pelajar saya sendiri sahaja, bahkan masyarakat.

"Ini satu usaha penting untuk membina bangsa Melayu kita," kata beliau.

Bagi Encik Zulhafiz, guru Sekolah Menengah Woodlands Ring, beliau percaya ilmu yang dimiliki harus disebar dan digunakan untuk membantu orang.

"Saya rasa setiap guru Agab ada caranya tersendiri untuk berbakti kepada masyarakat.

"Dengan pengiktirafan ini, apa yang saya mungkin lakukan ialah cuba menghasilkan bengkel. Saya suka berkongsi pengalaman dalam bilik darjah dan idea saya, dan saya harap dapat berkongsi pengalaman ini... dengan guru pelatih atau ibu bapa untuk membantu anak mereka," katanya.

Guru Sekolah Menengah Springfield, Encik Mohd Fuad, pula percaya sumbangan guru harus diluaskan untuk melangkau bilik darjah.

Rangkaian juga harus diwujudkan bersama badan kemasyarakatan agar proses pembelajaran dapat berterusan di luar bilik darjah, tambah beliau.

"Atas dasar itu, saya rasa ramai guru juga telah berkhidmat dengan badan masyarakat untuk menyumbang bakti mereka berdasarkan keupayaan mereka," ujarnya.

Encik Fuad berkata anugerah itu juga satu peringatan buatnya untuk terus meningkatkan kekaryawanan sebagai guru agar dapat mengajar dan mendidik dalam suasana terkini, dengan zaman dan masa yang kian berubah.

Bagi Cik Nor Azlin, guru Sekolah Rendah Blangah Rise, guru Bahasa Melayu harus menjadi suri teladan untuk melestari bahasa Melayu, dengan pelajar generasi sekarang lebih terdedah kepada bahasa dan budaya Inggeris, antara lain melalui Internet.

Di samping berbesar hati dengan pengiktirafan yang diterimanya, Cik Manisah, guru Sekolah Rendah Yio Chu Kang, berkata tanggungjawab yang digalas selepas ini lebih penting dan berat.

"Anugerah ini bukan satu kesudahan tapi permulaan bagi guru berbakti kepada bangsa dan masyarakat, misalnya menerusi pelbagai usaha," ujar beliau, yang telah berkhidmat sebagai guru selama 33 tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3