Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima Pedang Merit OCS mahu terus sumbang kepada negara

Sep 16, 2019 | 05:30 AM



SEBELUM menyertai Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa tahun lalu, keputusan ujian kecekapan jasmani perseorangan (IPPT) beliau tidak cemerlang - hanya 62 mata sahaja.



Namun selepas selesai mengikuti latihan selama sembilan bulan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS), keputusan terkini IPPT Leftenan Muda (2LT) Kamar Jr Kamarudzaman jauh lebih cemerlang, dengan 93 mata.



Bagi meraih anugerah emas, anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) perlu dapat 85 mata ke atas, dan 90 mata ke atas bagi anggota komando, penyelam angkatan laut dan Guards.



Lebih daripada sekadar tahap kecerdasan fizikal yang jauh lebih baik, 2LT Kamar meraih pengalaman lebih penting - membangunkan kemahirannya sebagai pemimpin.



Semalam, beliau tampil sebagai salah seorang 16 penerima Pedang Merit - yang diberi bagi 10 peratus pelatih terbaik di OCS - daripada 197 kadet di acara perbarisan pentauliahan pegawai di Institut Ketenteraan Safti.



Perbarisan itu dihadiri Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, selaku Pegawai Pemeriksa.



"Dulu saya fikir seorang pemimpin itu perlu 'garang' dan saya tidak pernah menganggap diri saya seperti itu.



"Tapi apabila saya diberi peluang jadi pemimpin dalam OCS, saya dapati terdapat pelbagai jenis dan gaya kepimpinan," kata lulusan Politeknik Ngee Ann (NP) dalam bidang teknologi aeroangkasa itu.



Menurut 2LT Kamar, beliau antara lain terdorong oleh gaya kepimpinan komander wing Charlie di OCS, Leftenan Kolonel (LTC) Bernard Koh, yang sentiasa menggalak askar di bawahnya ingat akan matlamat dan tujuan sebenar mereka semasa melakukan sesuatu dan bukan melakukannya kerana terpaksa.



"Beliau lakukan demikian bukan untuk membentuk kami menjadi wing terbaik tetapi kerana mahukan setiap individu berusaha menjadi lebih baik," ujar anak pasangan pengurus itu.



Pengalamannya sepanjang menjalani NS sejauh ini cukup bermakna bagi anak bongsu dua beradik itu sehingga beliau merancang terus berkhidmat sebagai pegawai SAF sepenuh masa selepas ini.



"Sumber terpenting bagi Singapura ialah rakyatnya dan anggota NS sepenuh masa (NSF) contohnya korbankan banyak perkara - berjauhan dengan keluarga dan teman wanita, menangguhkan pengajian dan kerjaya - untuk berbakti kepada negara ini.



"Saya ingin mainkan peranan secara langsung memastikan mereka turut mendapat pengalaman bermakna semasa berkhidmat... dan yakin mereka dapat lindungi Singapura dengan baik dan pulang ke pangkuan tercinta dengan selamat," kata 2LT Kamar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >