Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: ANUGERAH JAUHARI 2021

Penerima tunjukkan bukti apa jua boleh dicapai dengan iltizam, kerja keras

Pemimpin, anggota masyarakat: Kejayaan mereka bukti tiada batas dalam apa yang boleh dicapai masyarakat
Dec 24, 2021 | 05:30 AM



PENCAPAIAN pakar teknologi maklumat (IT) Shirin Abdul Hamid dan atlet lawan pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman - penerima Anugerah Jauhari dan Anugerah Jauhari Harapan tahun ini - menunjukkan tidak ada batas dalam apa yang boleh dicapai masyarakat.



Mereka menunjukkan dengan iltizam, kerja keras dan dedikasi, sesiapa saja boleh mencapai kejayaan hingga ke puncak apa jua bidang yang diceburi.



Demikian menurut tetamu majlis penyampaian Anugerah Jauhari 2021 Berita Harian kelmarin semasa ditemui.



Cik Shirin, 54 tahun, dinobatkan sebagai Jauhari masyarakat Melayu/Islam kerana pencapaian cemerlang beliau dalam dunia IT dan sumbangannya kepada masyarakat.



Malah, beliau akan mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjayanya apabila menjadi ketua pegawai maklumat (CIO) merangkap pengarah IT di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington DC, Amerika Syarikat, mulai 4 Januari.



Kiria, 21 tahun, pula dinobat Jauhari Harapan yang, antara lain, mengiktiraf kejayaannya mewakili Singapura di Sukan Olimpik Tokyo Julai lalu.



Dalam pada itu, tokoh batik tersohor Singapura, Allahyarham Sarkasi Said, diberi Anugerah Jauhari (Anumerta).



Mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga penerima itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata mereka membanggakan masyarakat dengan pencapaian mereka, menunjukkan kemahiran sangat dinilai, dan mengharumkan nama negara.



"Jelas sekali mereka ada komitmen dalam mengasah kepakaran dalam bidang mereka, bukan untuk memberi yang terbaik sahaja, tetapi menjadi yang unggul, hingga menjadi kebanggaan masyarakat dan juga negara kita.



"Saya harap anak-anak kita yang masih muda melihat akan semua pemenang Anugerah Jauhari, yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu/Islam, walaupun kita kaum minoriti, boleh mendatangkan impak besar kepada masyarakat dan negara," kata beliau.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, pula berkata ketiga-ketiga penerima menunjukkan kecemerlangan di arena antarabangsa, dan mereka bukan mempunyai kemahiran cemerlang sahaja, malah yang terbaik dalam bidang masing-masing.



"Saya berharap ini menjadi inspirasi kepada belia-belia kita, anak-anak kita untuk memberi mereka keyakinan, di mana melalui platform di Singapura, mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan di arena antarabangsa, jika mereka gigih, mereka bersemangat untuk mencapai kecemerlangan," kata beliau.



Bagi presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, anugerah tahun ini sendiri adalah satu pencapaian istimewa kerana dua penerimanya wanita, bertepatan dengan Tahun Merai Wanita SG tahun ini.



"Dengan adanya penerima Anugerah Jauhari dan Jauhari Harapan wanita, ini menitikberatkan pentingnya kita sokong aspirasi wanita supaya wanita dapat terus berjaya. Kejayaan mereka berbeza-beza, dalam bidang tidak sama.



"Kita boleh melakar, mencatat kejayaan kita masing-masing, dalam pelbagai bidang hari ini, sama ada dalam bidang sukan, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) mahupun seni, yang menunjukkan kejayaan itu dekat dengan dakapan kita," kata beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Specialist Care Group (SCG) merangkap Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group (IHG), Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar, pula berkata Cik Shirin telah "memecahkan siling kaca" dalam bidang IT, yang jarang sekali dilakukan masyarakat Melayu/Islam.



Mengenai Kiria, yang gigih berlatih sejak mula bergiat dalam sukan lawan pedang pada usia lapan tahun, Profesor Dr Razakjr berkata beliau telah memaparkan semangat yang amat dikagumi untuk maju dalam bidang sukan.



"Saya berharap mereka menjadi contoh kepada masyarakat Melayu/Islam kita supaya kita dapat pergi lebih jauh, mempunyai impian besar dan gigih cuba mencapai impian itu," beliau, yang juga penerima Anugerah Jauhari 2013.




"Jelas sekali mereka ada komitmen dalam mengasah kepakaran dalam bidang mereka, bukan untuk memberi yang terbaik sahaja, tetapi menjadi yang unggul, hingga menjadi kebanggaan masyarakat dan juga negara kita. Saya harap anak-anak kita yang masih muda melihat akan semua pemenang Anugerah Jauhari, yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu/Islam, walaupun kita kaum minoriti, boleh mendatangkan impak besar kepada masyarakat dan negara."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Bagi saya, ketiga-tiga penerima anugerah tahun ini mencerminkan kecemerlangan di arena antarabangsa. Ketiga-tiganya mempunyai bukan kemahiran sahaja, bahkan saya katakan mereka adalah world-beaters (jaguh) dalam arena mereka. Saya berharap ini menjadi inspirasi kepada belia kita, anak-anak kita, memberi mereka keyakinan, iaitu melalui platform di Singapura, mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan di arena antarabangsa jika mereka gigih, bersemangat untuk mencapai kecemerlangan."
- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



"Seperti Cik Shirin dalam bidang teknologi, beliau sudah 'memecahkan siling kaca' di mana jarang sekali kita lihat dilakukan oleh masyarakat Melayu/Islam kita. Bagi Allahyarham pula, kita tahu beliau pernah diberikan Pingat Budaya dan beliau terkenal di tahap antarabangsa kerana rekaan batiknya yang begitu unggul sekali. Dan bagi pelawan pedang muda kita (Kiria), pula, kalau kita lihat dia bermula dari usia yang muda lapan tahun dan beliau gigih berlatih. Itu semangat yang sangat kita kagumi sebagai masyarakat Melayu/Islam untuk maju dalam bidang masing-masing."
- CEO Specialist Care Group dan Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group, Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >