Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerima vaksin Sinovac tidak termasuk dalam jumlah vaksinasi nasional: MOH

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



INDIVIDU yang telah menerima vaksin Covid-19 Sinovac tidak dirangkumkan dalam jumlah vaksinasi nasional Singapura.



"Jumlah vaksinasi nasional mencerminkan hanya mereka yang divaksin di bawah program vaksinasi nasional," kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



"Buat masa ini, ini hanya merangkumi mereka yang divaksin dengan vaksin Covid-19 Moderna dan Pfizer-BioNTech/Comirnaty," tambah kementerian itu.



Namun, MOH berkata rekod mereka yang telah menerima vaksin itu akan dirakamkan dalam Daftar Imunisasi Nasional.



MOH sedang berusaha untuk menunjukkan maklumat itu dalam aplikasi HealthHub juga.



Sehingga 3 Julai, satu dos vaksin Sinovac-CoronaVac telah diberikan kepada 17,296 orang.



Sebanyak 31 klinik privet yang dipilih untuk memberikan vaksin Sinovac itu boleh mengakses Daftar Imunisasi Nasional, tambah MOH.



"Individu yang divaksin dengan satu atau dua dos vaksin mRNA di bawah program vaksinasi nasional tidak layak menerima vaksin Sinovac-CoronaVac daripada bekalan pemerintah melainkan mereka mengalami alahan daripada dos pertama vaksin mRNA," kata MOH.



Mereka yang mengalami alahan daripada dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna boleh memilih untuk mendapatkan vaksinasi tetapi hanya di sebuah klinik hospital awam.



Ini disebabkan "reaksi alahan mereka sebelum ini dan kekurangan data mengenai profil keselamatan menerima Sinovac-CoronaVac menyusuli satu dos vaksin mRNA", kata MOH.



Klinik yang memberikan vaksin Sinovac perlu melaporkan kejadian atau reaksi buruk kepada kementerian dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Perangkaan bagi kejadian ini akan dilaporkan kepada orang awam "dari masa ke masa", kata MOH.



Kumpulan pertama vaksin Sinovac tiba di Singapura pada 23 Februari lalu, namun vaksin itu belum lagi diluluskan bagi penggunaan di bawah program vaksinasi nasional.



Syarikat pembuat vaksin China itu belum memberikan data yang diperlukan HSA bagi menyelesaikan penilaiannya tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin itu.



Vaksin itu kini diberikan di Singapura di bawah Laluan Akses Khas demi meningkatkan jumlah keseluruhan orang yang divaksin di sini.



Ini membolehkan bekalan vaksin Covid-19 yang telah diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berada dalam senarai penggunaan kecemasannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >