Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM MILENIAL

Pengadil bola sepak SG wakili Asean di Piala Dunia 2022

May 27, 2022 | 05:30 AM



PERANAN ini bukanlah suatu yang baru bagi dirinya, namun peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pengadil bagi perlawanan Piala Dunia merupakan impian yang telah lama dipendam.



Menjelang November tahun ini, pengadil bola sepak tempatan, Muhammad Taqi Aljaafari Jahari, bakal mengibarkan bendera Singapura di temasya Piala Dunia 2022 di Qatar.



Baru-baru ini Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah mengumumkan pelantikan Muhammad Taqi bersama 128 pengadil lain dari seluruh dunia bagi kejohanan bola sepak berprestij itu.



Beliau dipilih secara khusus untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembantu pengadil video (VAR) seramai 24 pengadil.



Bukan sahaja beliau akan mewakili Singapura, Muhammad Taqi juga mewakili benua ini sebagai satu-satunya pengadil Asean dalam senarai pengadil itu.



Jelas, pengadil berusia 35 tahun itu tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila terpilih selepas terlepas peluang untuk ke Russia pada 2018.



"Saya berasa amat berbesar hati dan bersyukur kerana saya akan menjadi sebahagian daripada kejohanan bola sepak terbesar di dunia.



"Berasal dari sebuah negara kecil seperti Singapura, pelantikan ini mencerminkan keupayaan dan keyakinan yang ada pada Fifa terhadap pegawai kami dan ini pastinya akan menjadi batu loncatan kepada pengadil lain dalam fraterniti kami dan meningkatkan keyakinan bahawa kami mampu mencapai tahap ini dengan kerja keras, ketabahan dan sokongan berterusan daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS)," katanya.



Sebagai pengadil VAR, beliau dan dua lagi pengadil lain diberi akses kepada semua siaran dalam bilik operasi video, membolehkan mereka memberi maklumat kepada pengadil perlawanan untuk membetulkan kesilapan yang jelas dalam situasi yang boleh "mengubah perlawanan" seperti gol, keputusan penalti dan perbuatan yang jelas harus dilayangkan kad merah.



Perjalanan Muhammad Taqi menjadi salah seorang pengadil utama Singapura bermula ketika beliau berusia 15 tahun dengan mengikuti kursus pengadilan di Stadium Negara.



Sejurus tamat menduduki Peperiksaan GCE Peringkat 'O', beliau sudahpun terlibat secara aktif sebagai pengadil Kelas 3.



Beliau dinaikkan pangkat menjadi pengadil Kelas 2 untuk mengendali perlawanan Liga Perdana pada usia 19 tahun sebelum dinaikkan lagi sebagai pengadil Kelas 1 pada tahun yang sama, di mana beliau diberi peluang terlibat dalam perlawanan Liga-S (kini dikenali sebagai Liga Perdana Singapura).



Menjadi pembantu pengadil video bukanlah sesuatu yang baru bagi Muhammad Taqi.



Pengadil Terbaik Persekutuan Bola Sepak Asean 2017 itu telah mengasah kemahiran VAR beliau di beberapa kejohanan antarabangsa dalam tempoh lima tahun yang lalu.



Ini termasuk Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2017, Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia di Asia.



Bapa kepada dua orang anak berusia enam dan lapan tahun itu berkata sejajar dengan perkembangan dalam sukan bola sepak, seorang pengadil juga harus melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang diperlukan.



Menurut beliau, sebagai pengadil perlawanan video (VMO), mereka perlukan kemahiran tambahan di samping kemahiran yang mereka perolehi sewaktu mereka dilantik menjadi pengadil yang sah.



Walaupun beliau lebih gemar mengendalikan perlawanan bola sepak di padang, Muhammad Taqi berkata tanggungjawab pengadil perlawanan video adalah sama pentingnya.



"Sudah tentu, ia satu perasaan yang baik untuk berada di atas padang kerana kami bermula sebagai pengadil, memegang wisel sejak kami bermula.



"Namun begitu, VMO tidak memperoleh pensijilan mereka dalam sekelip mata dan kami semua bermula daripada menjadi pengadil, sebelum mendapat pengalaman pengadil yang diperlukan selama ini dan seterusnya memahami dan mempelajari pelaksanaan VAR.



"Bola sepak akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang dan pengadil perlu menyesuaikan diri apabila bola sepak berkembang dan peranan pengadil juga berubah daripada hanya mengadili perlawanan di padang kepada VMO dan lain-lain," kata Muhammad Taqi, yang menjadi pengadil tersenarai Fifa pada 2012, dan pegawai perlawanan video Fifa pertama Singapura pada 2021.



Namun begitu, tanpa mengira peranan, tambahnya pengadil akan sentiasa memastikan mereka memberikan persembahan yang terbaik walaupun menghadapi cabaran di dalam dan di luar padang bola sepak.



Muhammad Taqi hanya akan menjadi pengadil Singapura kelima selepas George Suppiah (1974), Shamsul Maidin (2006), K. Visvanathan (2002) dan Jeffrey Goh (2010) yang akan ke Piala Dunia nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >