Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pengagihan token TraceTogether di 38 pusat kini lebih cepat, lancar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Pengagihan token TraceTogether di 38 pusat kini lebih cepat, lancar

Jan 20, 2021 | 05:30 AM

ORANG ramai tidak perlu beratur lama untuk mengambil token TraceTogether mereka apabila pengagihan alat jejak kontak itu dimulakan semula di pusat dan kelab masyarakat kelmarin.

Apabila pengagihan dimulakan pada Oktober lalu, orang ramai terpaksa beratur lama untuk mendapatkan token mereka.

Permintaan yang terlalu tinggi itu mendorong pemerintah untuk menggantung sementara proses pengagihan.

Namun, penduduk yang pergi mengambil token masing-masing di 38 pusat dan kelab masyarakat di serata negara pada Isnin lalu tidak perlu menanti lama.

Hanya beberapa orang dilihat beratur di Kelab Masyarakat Anchorvale, Kelab Masyarakat Toa Payoh Central dan Kelab Masyarakat Kallang kelmarin, lapor The Straits Times.

Seorang penduduk yang dilihat di Kallang ialah Encik Chris Tay, 49 tahun.

Encik Tay, yang bertugas dalam sektor kewangan berkata pengalamannya di sana adalah tenang dan proses pengagihan berjalan lancar.

Beliau hanya perlu menanti beberapa minit sahaja sebelum mengambil token tersebut.

Seorang lagi penduduk yang berada di kelab masyarakat yang sama ialah Cik Chun Bee Lin, 57 tahun.

Beliau berkata: "Proses mengambil token agak cepat, tidak seperti dahulu apabila orang terpaksa beratur lama... pengalamannya jauh berbeza."

Di Kelab Masyarakat Toa Payoh Central pula, Cik Denise Kok, 33 tahun, berkata tidak ramai orang beratur semasa beliau ke sana.

Sebahagian penduduk memberitahu ST mereka lebih suka menggunakan token kerana ia lebih selesa dan mudah digunakan berbanding aplikasi TraceTogether.

Cik Kok bersependapat.

"Memang lebih mudah untuk mengimbas token daripada perlu menggunakan telefon bimbit dan memulakan aplikasi," kata beliau.

Cik Ashley Wong, 35 tahun, berkata beliau telah memeriksa di dalam talian setiap hari untuk mendapatkan tarikh terkini untuk mengambil token.

"Saya bekerja di sebuah sekolah dan adalah mandatori untuk menggunakan TraceTogether, jadi bateri telefon bimbit saya selalu kehabisan dengan pantas," kata Cik Wong, yang mengambil token beliau di Kelab Masyarakat Anchorvale.

Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) berkata orang ramai tidak perlu mengambil token jika sedang menggunakan aplikasi TraceTogether atau boleh memuat turun aplikasi itu.

Token yang rosak atau tidak berfungsi lagi boleh digantikan percuma sekali.

Senarai tempat pengagihan token boleh diterbitkan di https://token.gowhere.gov.sg/

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3