Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengajian Sastera Melayu perlu diluaskan lagi di sekolah menengah

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



PENGAJIAN sastera Melayu perlu diluaskan lagi di peringkat sekolah menengah, kata sasterawan mapan Cikgu Suratman Markasan.



"Memang tidak ramai yang akan mengambil atau minat sastera. Tetapi kalau dapat 10 hingga 15 peratus pelajar Melayu yang ambil sastera Melayu itu sudah bagus. Kita perlu pewaris," kata Cikgu Suratman.



Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (BM) mengenai masa depan dan hala tuju bahasa serta sastera Melayu.



Dengan bilangan orang Melayu yang kurang menggunakan bahasa Melayu di rumah dan kurang membaca, Cikgu Suratman prihatin ini bermakna sastera Melayu akan hilang.



"Bahasa itu sebagai kenderaan sastera. Ia membawa sastera ke mana-mana.



"Kalau awak menulis mengenai orang Melayu Singapura tetapi dalam bahasa Inggeris, itu bukan sastera Melayu. Itu sastera Inggeris," kata Cikgu Suratman, yang telah menghasilkan tujuh novel, serta banyak lagi cerpen, puisi dan esei.



Pada 2019, Kementerian Pendidikan (MOE) melanjutkan Program Elektif Bahasa Ibunda bagi ketiga-tiga bahasa ibunda ke sekolah menengah.



Sebanyak tiga buah sekolah menengah telah dikenal pasti untuk Program Elektif Bahasa Melayu di Peringkat Menengah (MLEP-Sec) - Sekolah Menengah Anderson, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang dan Sekolah Menengah Tanjong Katong.



Program dua tahun itu disasarkan kepada pelajar yang minat dalam bahasa dan sastera Melayu.



Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) juga disediakan sebagai program berasingan dua tahun di peringkat maktab rendah juga.



Bagaimanapun, Cikgu Suratman berkata minat dan kecenderungan masyarakat Melayu terhadap sastera Melayu masih rendah, berbanding terhadap sastera Inggeris.



Beliau menyebut satu tinjauan melibatkan 150 orang Melayu terdiri daripada guru, siswazah, pelajar dan orang awam, yang menunjukkan 19 peratus membaca sastera Melayu, berbanding 32 peratus yang membaca sastera Inggeris.



Dalam pada itu, penulis memainkan peranan penting untuk mencerminkan jiwa masyarakat, kata Cikgu Suratman.



"Untuk menjadi sebenar-benar penulis, menurut pendapat saya, mata dan telinga kita harus kita gunakan sebagai mata dan telinga rakyat marhaen, rakyat jembel.



"Ertinya kita lihat dan dengar kesusahan mereka, dan kita jadikan tulisan fiksyen kita.



"Kalau seorang penulis tidak berbuat demikian dan hanya menulis menerusi khayalan mereka, mereka tidak akan dapat memaparkan kenyataan sebenar mengenai masyarakat," ujar Cikgu Suratman, yang kini sedang menyiapkan memoirnya. - NUR ADILAH MAHBOB




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >