Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengajian Sosial disemak, kini turut bincang isu hangat

Jan 06, 2016 | 10:58 AM



SATU pos Facebook oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai pandangan beliau tentang interaksi dengan orang asing di sini kini dipapar dalam buku teks baru mata pelajaran Pengajian Sosial.


Begitu juga isu semasa yang dibahas di media, tetapi jarang atau tidak pernah dibincangkan dalam pengajian sosial sebelum ini - seperti apakah perlu ditetapkan garis kemiskinan, dan sindrom Nimby (Tidak di Belakang Rumah Saya).


Sukatan pelajaran dan format peperiksaan pengajian sosial sekololah menengah atas telah disemak bagi memberi penekanan lebih besar pada usaha menggalak kewarganegaraan aktif dan pemikiran kritikal, kata Cik Marilyn Lim, timbalan pengarah bagi kemanusiaan di bahagia perancangan dan pembangunan kurikulum Kementerian Pendidikan (MOE), lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (6 Jan).


Dengan sukatan pelajaran baru itu, pelajar digalak "membangunkan respons kepada isu sosial dan tidak hanya belajar mengenainya," kata seorang jurucakap MOE.


Sukatan pelajaran baru itu akan memberi kesan kepada pelajar yang mengambil peperiksaan Pengajian Sosial GCE peringkat 'O' dan 'N' mulai tahun depan, bermula dengan kohort menengah tiga tahun ini.


Semakan mata pelajaran itu sebelum ini berbentuk tokokan, tetapi para pendidik berkata rombakan terkini menandakan satu perubahan ketara, dengan lebih banyak isu semasa dan membimbing soalan bagi menggalak pemikiran kritikal.


Buku teks terkini disusun sekitar isu kemasyarakatan dengan soalan yang membimbing pelajar untuk menggalak mereka memberi respons mereka sendiri.


Bagi isu mengenai "meneroka kewarganegaraan dan tadbir urus", misalnya, soalannya termasuk 'Apakah ertinya menjadi warganegara bagi saya?' dan 'Bagaimana kita membuat keputusan mengenai apa yang baik bagi masyarakat?'.


Satu lagi perbezaan utama ialah sukatan pelajaran yang disemak juga melihat "kepelbagaian baru" - seperti orang dari pelbagai negara dan status sosio-ekonomi - daripada memberi tumpuan pada kepelbagaian kaum dan agama.


Isu perbalahan yang berlaku pada tahun-tahun kebelakangan ini juga lebih menonjol dalam buku teks baru itu.


Sebagai contoh, pos Facebook oleh Encik Lee pada 2014 tentang bagaimana rakyat Singapura perlu lebih mesra terhadap warga asing diketengah dalam seksyen mengenai cabaran hidup dalam masyarakat pelbagai dengan warga asing.


Beliau menulis selepas beberapa warga Singapura melahirkan sikap tidak bertoleransi terhadap rancangan warga Filipina di sini hendak mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan Filipina di Orchard Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >