Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH BIASISWA LBKM

Pengalaman adik sendiri pendorong dalami autisme

Pelajar tahun keempat bidang psikologi di NUS dapat suntikan semangat sebagai antara penerima biasiswa LBKM tahun ini
Oct 01, 2022 | 01:30 PM



SEMASA membesar, Cik Tasneem Abdul Majeed telah didedahkan kepada dunia autisme memandangkan adik lelakinya menghidapinya dan tidak mampu berkata-kata.



Jadi, tidak hairanlah jika gadis berusia 22 tahun itu - yang kini menuntut dalam tahun keempat bidang psikologi di Universiti Nasional Singapura (NUS) - berharap dapat mendalami bidang autisme demi memperjuangkan sokongan masyarakat bagi keluarga dengan anak-anak yang menghidapinya.



Cik Tasneem yang merupakan salah seorang daripada 36 penuntut yang menerima Anugerah Biasiswa LBKM tahun ini turut melahirkan harapan untuk menyarankan inisiatif bagi rekaan bilik darjah yang diubah elok agar dapat menyepadukan pelajar berkeperluan khas di dalam kelas aliran biasa.



"Semasa saya membesar, saya dapat lihat cabaran yang dihadapi adik saya... dia tidak dapat berkata-kata, hanya empat, lima perkataan yang biasa dilahirkannya.



"Kini saya lihat dia semakin sensitif lantas kami sekeluarga perlu berhati-hati setiap kali kami bercakap tentang dirinya," ujarnya yang mengakui banyak belajar daripada pengalaman bersama adiknya itu.



Adik lelakinya, Abdur Raouf Abdul Majeed, 19 tahun, dikesan menghidap autisme tahap serius pada usia dua tahun dan sejak itu telah menjalani latihan di sebuah sekolah keperluan khas.



Cik Tasneem menerima Biasiswa Merit yang melayakkannya menerima $5,000 bagi membantu beliau dalam pengajiannya.



Sebagai menampung pengajiannya, Cik Tasneem, yang juga mempelajari bahasa isyarat, kini bekerja sambilan di sebuah tadika bagi kanak-kanak berkeperluan khas, selain menjadi penyelidik di NUS.



Ini semua bagi membantunya menampung sebahagian daripada perbelanjaan hariannya, kata beliau.



Bapanya Encik Abdul Majeed Abdul Khader, 55 tahun, merupakan ketua psikologi di salah sebuah agensi pemerintah sementara ibunya, Cik Leong Tscheng Yee @ Aadilah Abdullah, 51 tahun, seorang instruktor sambilan dalam bidang perhubungan di salah sebuah universiti tempatan.



Tahun lalu dan 2020, Cik Tasneem juga penerima Biasiswa Ikonik Che Zahara Noor Mohamed yang turut diberikan LBKM.



"Sebagai seorang Muslim dengan darah kacukan Cina dan India, saya dibesarkan kededua orang tua saya untuk memahami warisan budaya yang kompleks.



"Lantas ini memberi saya lebih kefahaman dan penghargaan terhadap tradisi dan budaya kededua bangsa dan membantu saya berinteraksi dengan mereka dari pelbagai latar belakang yang berbilang etnik dan agama," katanya lagi.



Cik Tasneem berkata beliau juga menanam hasrat untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang autisme pada masa akan datang.



"Pastinya ini untuk memastikan saya dapat menjaga adik saya itu dengan baik, selain memastikan kededua orang tua saya dapat menua dengan lebih tenang," ujarnya lagi.




ALU-ALU USAHA LBKM TERUS BANTU PELAJAR CAPAI IMPIAN

"Terdapat peribahasa Melayu yang menyatakan hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Sedang anda tidak dapat membayar balik kebaikan yang dilakukan terhadap anda, kita boleh dan patut melebihi kebaikan yang dilakukan terhadap kita dengan membantu orang lain berkembang dan merealisasikan aspirasi mereka, tidak kira di mana permulaan dalam kehidupan mereka itu.



LBKM memainkan peranan penting dalam meredakan keperluan kewangan para pelajar kita, membantu mereka merebut peluang, dan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang dipilih. Amat terharu melihat para penerima biasiswa kita memanfaatkan anugerah ini dan menyumbang semula kepada masyarakat - dan kelompok tahun ini juga tiada bezanya, dengan ramai daripada anda menjadi sukarelawan untuk berkhidmat kepada yang lain." 

- Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >