CATATAN WARTAWAN
Pengalaman belajar di Politeknik Ngee Ann begitu manis
May 23, 2016 | 05:30 AM
REMUK dan berkecai hati kecil ini setelah mendapat tahu saya gagal peperiksaan di maktab rendah.
Tatkala ramai daripada teman meraikan kejayaan di dalam dewan kuliah kerana berjaya melangkah ke tahun kedua, tercegat saya di sudut pintu masuk dewan tersebut buat seketika.