Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman berharga bimbing pekerja berkeperluan khas Uniqlo

Sep 18, 2019 | 05:30 AM



LAPAN tahun lalu, beliau mula bekerja dalam bidang runcit hanya sekadar mahu mendapat wang saku tambahan bagi sekolah.



Namun siapa sangka ia akan menjadi kerjaya tetapnya hingga ke hari ini.



Bahkan, apa yang diceburinya di syarikat pakaian Uniqlo lebih daripada setakat kerja bagi Cik Nur Atiqah Mohamed Abdullah, 28 tahun.



Sebagai Eksekutif Kanan Sokongan Operasi Kedai, Cik Atiqah turut membantu menganjurkan projek kemampanan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi syarikat Uniqlo.



Ini termasuk membimbing pekerja kurang upaya - dalam proses berintegrasi dengan persekitaran di kedai dan budaya syarikat.



"Menyumbang kembali kepada masyarakat adalah sesuatu yang pastinya memuaskan bagi saya, dan saya amat bersyukur bahawa bidang yang saya ceburi memberi saya peluang ini," ujar beliau.



Cik Atiqah berkata menjadi keutamaannya untuk memahami keperluan golongan berkeperluan khas - seperti mereka yang mempunyai autisme, Down Sindrom, isu mental - dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja syarikat itu.



Justeru, beliau dan pasukannya bekerjasama rapat bersama kumpulan jurulatih pekerjaan MINDS Hi-Job! untuk memahami setiap profil pekerja kurang upaya dan cara mereka berhubung.



"Saya fikirkan cara untuk membantu rakan kerja kurang upaya untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam keupayaan mereka dan untuk menyumbang secara berkesan dalam persekitaran kedai.



"Malah, kita tidak boleh memandang rendah terhadap potensi pekerja kurang upaya ini... mereka sangat teliti dalam pekerjaan mereka jika mereka sudah biasa dengan tugas yang diberikan.



"Minat mereka terhadap pekerjaan yang dilakukan juga memberi motivasi kepada orang-orang di sekeliling, dan ini memberi manfaat kepada seluruh pasukan," kongsi Cik Atiqah.



Secara keseluruhan, Cik Atiqah mengurus 28 pekerja berkeperluan khas di Uniqlo, dan antaranya ialah Encik Muhammad Shaiful Sahid.



Mula-mula, lelaki berusia 31 tahun itu kurang yakin dan menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dalam persekitaran pekerjaan yang baru, lebih-lebih lagi dalam bidang runcit yang memerlukan mereka untuk berkomunikasi.



Namun, penyelianya, Cik Atiqah sentiasa mendekatinya untuk memastikan beliau mampu menyesuaikan diri dan menjalin persahabatan bersama rakan kerja lain.



"Beliau (Cik Atiqah) seperti rakan baik.



"Lama-kelamaan saya makin terbiasa dengan rutin kerja dan selesa bersama rakan kerja lain, sehingga saya dapat kepuasan apabila bekerja.



"Saya rasa ini merupakan detik permulaan penting bagi saya untuk belajar bagaimana untuk berdikari dan menjadi sebahagian daripada masyarakat," kongsi Encik Shaiful.



Menurut Cik Atiqah, di samping membantu pekerja berkeperluan khas mereka, syarikat Uniqlo turut menyokong dan mendekati pelajar berkeperluan khas di mana mereka berpeluang menjalani pengalaman membeli-belah dan mempelajari bagaimana mengurus bajet beli-belah, dengan bimbingan kakitangan Uniqlo.



Beliau yang berhasrat mahu terus bekerja dalam syarikat itu berkata:



"Walaupun skop pekerjaan setiap hari serupa, saya suka bahawa ia mencabar dan pada masa yang sama, memuaskan.



"Secara peribadi, ia telah membantu saya mendapat tujuan dalam apa yang saya lakukan dan ini mengajar saya untuk bersikap empati terhadap orang di sekeliling."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >