Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengalaman cuti jadi pendorong ceburi bidang hotel

Tahun ini, seramai 69 pekerja akan diiktiraf kerana prestasi dan perkhidmatan mereka yang terpuji dengan Anugerah Pekerja Terbaik FDAWU / NTUC / SHA Tahun 2021. Anugerah yang dilancarkan pada tahun 1985 ini bertujuan untuk mendorong hotel-hotel untuk mengenali pekerja yang layak atas prestasi dan sumbangan mereka yang cemerlang dalam kejayaan organisasi. Baru-baru ini, BERITA HARIAN (BH) berpeluang untuk menemuramah dua individu yang terus berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu mereka meskipun industri perhotelan terjejas akibat Covid-19. Ikuti laporan ini.
Oct 07, 2021 | 05:30 AM



REKA bentuk seni bina yang indah dan anggota kakitangan dengan pakaian seragam yang kelihatan kacak.



Inilah antara perkara yang dapat diingati oleh Encik Muhammad Shafiq Salleh semasa beliau bercuti bersama keluarganya ke sebuah hotel mewah di Malaysia semasa beliau kecil.



Kagum dengan layanan yang diterima keluarganya sewaktu menginap di hotel itu, Encik Shafiq mula ingin tahu apa yang dilakukan di belakang tabir dalam operasi sebuah hotel.



Perasaan ingin tahu ini akhirnya mendorongnya untuk menceburi kerjaya dalam industri perhotelan.



Kini beliau merupakan Penolong Pengurus di The Outpost Hotel di Pulau Sentosa.



Menceritakan pengalaman menginap di hotel di Malaysia sewaktu beliau kecil itu, Encik Shafiq, 30 tahun berkata ia adalah sebab utama beliau memilih untuk bekerja dalam industri itu.



"Dari cara mereka menjemput keluarga saya memasuki hotel dari pintu masuk hingga ke penyambut tetamu yang membantu keluarga saya mencari bilik kami, saya sangat kagum dengan cara mereka melayani tetamu.



"Boleh dikatakan mulai dari pengalaman itu, saya bercita-cita untuk bekerja dalam industri ini," katanya dengan senyuman yang lebar.



Setelah tamat pengajiannya di Politeknik Singapura dalam jurusan Pengurusan Pelancongan dan Resort, Encik Shafiq telah bekerja di dalam industri perhotelan selama hampir tiga tahun sebelum mula bekerja di The Outpost Hotel Sentosa pada 2019.



Beliau terlibat dalam operasi di hotel itu sebelum pembukaan rasminya.



Meskipun merupakan seorang yang pendiam, Encik Shafiq tidak pernah menolak peluang yang diterima.



Ketika beliau mula bekerja sebagai Eksekutif Kanan Perkhidmatan Tetamu, terdapat peluang untuk mengambil tugas sebagai Pemangku Penolong Pengurus di hotel itu.



Dek ingin mencabar dirinya, beliau tidak mahu melepaskan peluang tersebut.



"Sebagai Eksekutif Kanan Perkhidmatan Tetamu, saya hanya perlu mengendali kakitangan saya semasa dalam shif, tetapi sebagai Penolong Pengurus, saya harus mengendali beberapa pasukan yang berbeza serta bekerja dengan jabatan lain untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar.



"Mungkin agak sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi saya suka mencabar diri dan mencuba sesuatu yang baru.



"Jadi apabila saya dapat peluang ini, saya tidak fikir banyak dan memilih untuk melakukannya.



"Keutamaan bagi saya dalam industri ini adalah untuk terus meningkatkan kemahiran dan terus belajar," jelasnya.



Dengan setiap cabaran dan kesulitan yang dihadapi oleh Encik Shafiq, beliau berjaya mengatasinya dan memimpin kakitangannya dengan baik dan berjaya dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus awal tahun ini.



Encik Shafiq merupakan salah satu daripada 69 pekerja yang telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Yang Berkaitan (FDAWU) / Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) / Persatuan Hotel Singapura (SHA) Tahun 2021.



Walaupun pernah menerima beberapa anugerah lain sebelum ini, anak bongsu tiga beradik itu berkata ini merupakan anugerah terbesar baginya.



"Sejujurnya, ini adalah kejutan yang menggembirakan.



"Lebih-lebih lagi semasa tempoh yang mencabar ini, ia menjadi pendorong buat saya untuk terus bekerja keras.



"Ini memberi saya keyakinan bahawa apa yang saya buat selama ini adalah penting," ujarnya.




"Mungkin agak sukar untuk menyesuaikan diri tetapi saya suka mencabar diri dan mencuba sesuatu yang baru.

...Keutamaan bagi saya dalam industri ini adalah untuk terus meningkatkan kemahiran dan terus belajar."

- Encik Muhammad Shafiq Salleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >