Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman jalani hidup 'kesempitan wang' dorong ceburi kerja sosial

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



Dengan struktur keluarga yang berubah dan penduduk yang kian menua, tanggungjawab pekerja sosial kini semakin mencabar dan rencam. Mereka ini perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada kerja-kerja pembangunan dan pencegahan bagi individu dan keluarga yang memerlukan. Sempena sambutan Hari Pekerja Sosial baru-baru ini, BERITA HARIAN (BH) bersembang dengan dua pekerja sosial mengenai cabaran yang mereka hadapi, evolusi kerjaya dalam sektor sosial dan kepuasan yang mendorong mereka untuk terus berkhidmat.




PENGALAMAN bercampur gaul dengan rakan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman membesar dalam kesempitan kewangan, telah memupuk rasa ingin menyumbang kepada masyarakat dalam diri Encik Mohamed Fareez Mohamed Fahmy.



Lantaran itu, kerja sosial merupakan pilihan kerjaya semula jadi bagi beliau semasa menceburi bidang itu, sekitar 15 tahun lalu.



Kini sektor berkenan telah mengalami banyak perubahan dan pada masa sama, menyajikan cabaran baru untuk pekerja sosial, kata Encik Mohamed Fareez, yang menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah Kanan, Kelompok Central, Divisyen Keluarga dan Sokongan Masyarakat, AMKFSC Community Services Ltd.



Apatah lagi, sedang masyarakat pulih daripada kesan Covid-19, pekerja sosial harus terus berinovasi dalam normal baru, kata lulusan sarjana dalam kerja sosial dari Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.



Berkongsi pengamatannya, Encik Mohamed Fareez berkata kerja sosial semakin diiktiraf sebagai satu profesi hasil usaha pertubuhan seperti Persatuan Kerja Sosial Singapura (SASW).



"Mutu pendidikan telah bertambah baik, sekali gus bermakna mutu kerja lebih baik dalam masyarakat. Kini kerja sosial dilihat sebagai profesi menarik oleh ramai orang.



"Tetapi dengan pengaruh sosial media dan keperluan masyarakat berpendidikan setempat yang bertambah, terdapat jangkaan lebih tinggi terhadap pekerja sosial untuk mempunyai kemahiran campur tangan dan penilaian lebih tinggi bagi menguruskan kes berisiko tinggi dan rumit," ujarnya, juga pemegang sarjana dalam bidang Terapi Naratif dan Kerja Kemasyarakatan.



Bapa seorang anak itu berkata dalam menghadapi cabaran masa depan, pekerja sosial perlu mendakap pembaharuan dan norma baru, lebih-lebih lagi dalam dunia pasca Covid-19.



"Sedang masyarakat pulih daripada kesan Covid-19, pekerja sosial harus terus berinovasi dalam normal baru ini. Beberapa cara bekerja lama harus dihakis, di mana kerja tidak seharusnya dibataskan oleh hambatan waktu pejabat atau harus berada di pejabat secara fizikal," terangnya.



Pada masa yang sama, Encik Mohamed Fareez berpendapat terdapat keperluan meningkat untuk mempunyai prasarana lebih kukuh bagi menyokong keperluan kesihatan mental pekerja sosial kerana mereka terdedah kepada trauma sekunder manakala risiko menjadi terlalu letih adalah sesuatu nyata.



"Sudah ada gerakan bagi memastikan penjagaan diri pekerja sosial dalam hal ini dan saya berharapan tinggi yang struktur ini akan diwujudkan," tambahnya yang pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Pekerja Sosial Berbakat 2011 dan Anugerah Khidmat Sosial Perdana Menteri 2012.



Tentang bagaimana pandemik memberikan cabaran baginya, Encik Mohamed Fareez berkata ini termasuk membataskan interaksi dengan benefisiari ekoran aturan kerja yang berasingan.



"Kami sedar sumber yang diambil ringan seperti akses Internet dan komputer riba adalah sumber utama yang tidak mudah diakses oleh klien kami yang terjejas oleh pelbagai faktor.



"Kerja sosial memerlukan hubungan manusia, justeru hubungan secara lisan dan tidak adalah penting. Maka menggunakan alat dalam talian atau alat perlindungan peribadi (PPE) memberi kami cabaran dalam mendekati klien," ujarnya.



Bagi mengatasi ini, pihaknya antara lain mengumpul dana bagi menyokong keperluan segera benefisiari dalam memastikan keluarga ada akses Internet dan komputer riba agar boleh menjalankan pembelajaran dari rumah.



Selain itu, karyawan kerja sosial dengan pekerja kemasyarakatan menggembleng keluarga lain untuk sama-sama menyokong dan menyumbang keluarga memerlukan, kata Encik Mohamed Fareez.



Nasihatnya kepada generasi muda yang mahu meneroka bidang itu, beliau berkata ia sesuai bagi mereka yang mahu sentiasa bergerak dan memikirkan cara membantu masyarakat.



"Sebagai pekerja sosial, anda akan perlu memberi respon kepada krisis, mengendalikan kumpulan, mendekati masyarakat - jadi tiada hari yang membosankan.



"Pada masa sama, dalam kerjaya ini, anda akan saksikan kisah menakjubkan bagaimana seseorang itu atasi cabaran besar. Kisah-kisah ini bukan hanya membakar semangat anda tetapi penting untuk anda berkembang sebagai individu."




"Tahun yang baru berlalu adalah tahun yang mencabar, di mana warga Singapura telah terjejas terus oleh pandemik dan menghadapi cabaran yang semakin rumit, dari masalah pekerjaan hinggalah kepada isu-isu kesihatan mental. Meskipun demikian, para pekerja sosial kita dapat mengatasi cabaran ini. Pekerja sosial kita mengilhamkan huraian baru dan kreatif untuk menyesuaikan diri kepada perubahan, menyatukan masyarakat untuk menyokong mereka yang memerlukan selain berkhidmat tanpa kenal lelah kepada klien dan keluarga. Perpaduan masyarakat kita diuji dalam masa-masa mencabar ini. Sebagai teras sistem sosial kita, pekerja sosial telah dan akan terus memainkan peranan penting dalam membolehkan negara kita mengatasi cabaran-cabaran ini."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >