Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman keluarga dijangkiti Covid dorong adik-beradik segera divaksin

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SEBAIK sahaja berita bahawa adik-beradik dibenarkan pergi untuk suntikan vaksinasi Covid-19 pada masa yang sama, Cik Suhana Rohani mengambil kesempatan menempah slot vaksin untuk dua orang anak perempuannya semalam.



Mengalu-alukan langkah tersebut, sebagai ibu yang bekerja, Cik Suhana, 47 tahun, berkata bahawa ia bukan sahaja membolehkannya menjimatkan masa daripada melakukan beberapa perjalanan ke pusat vaksinasi tetapi juga memberinya peluang menguruskan kesan sampingan dengan lebih baik jika ada.



Sejak semalam, ibu bapa yang merancang membawa kanak-kanak mendapatkan suntikan vaksin boleh pergi ke pusat vaksinasi bagi kanak-kanak pada Isnin hingga Khamis dan tidak lewat dari 7 malam.



"Apabila suami saya menerima mesej untuk kedua anak-anak kecil saya mendapatkan vaksin saya pada awalnya berfikir juga bila saya harus mengatur mengambil cuti supaya dapat membawa mereka ke pusat vaksinasi.



"Tetapi apabila berita itu keluar, saya dapat menghela nafas lega kerana ia semua dapat dilakukan pada masa yang sama," jelas Cik Suhana, yang bekerja sebagai juruwang runcit di Ikea.



Ketika ditemui oleh Berita Harian (BH), ibu kepada enam anak itu berkata beliau sebenarnya sudah lama menanti-nantikan mesej untuk menjemputkan dua anak terakhirnya - Nur Adriana Azahar, murid darjah enam berusia 11 tahun, dan Nur Aufa Azura Azahar, murid darjah tiga berusia lapan tahun, mendapatkan vaksinasi.



Ini lebih-lebih lagi dengan anak kelimanya, Nur Adriana Azahar serta suaminya, Encik Azahar Md Nor, dijangkiti Covid-19 pada Oktober tahun lalu.



"Pengalaman itu tidak dapat dilupakan. Sebagai ibu ketika itu, saya rasa seperti saya tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu anak saya yang terpaksa 'mengurungkan' diri dalam bilik bersama bapanya.



"Boleh katakan pengalaman itu telah mendorong saya dan suami saya menghantar anak-anak saya mendapatkan vaksinasi," ujarnya.



Mengulas mengenai proses vaksinasi itu semalam, penduduk Tampines itu berkata kesemuanya berjalan dengan lancar dan hanya menunggu 10 minit untuk mendapatkan vaksin.



Kemudian, mereka perlu menunggu untuk masa perhatian selama 30 minit.



Melahirkan perasaan bersyukur, Adriana, murid Sekolah Rendah Junyuan berkata penting baginya mendapatkan vaksin dan melindungi diri.



"Ketika saya dapat Covid-19 tahun lalu memang agak menakutkan.



"Jadi apabila saya ambil vaksin ini, saya berharap ia bukan sahaja melindungi diri saya tetapi juga rakan-rakan saya di sekolah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >