Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pengalaman kerja 2 dekad di syarikat koperasi diiktiraf

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR dua dekad, Cik Nur Ashiqin Mohd Rosley telah bekerja bersama Persatuan Koperasi Kredit Kakitangan Pemerintah Singapura Ltd (SGSCC) sehingga rakan-rakan kerjanya dianggap seperti keluarga dan koperasi itu seperti rumah keduanya.



Beliau merupakan seorang eksekutif kanan di koperasi kredit itu yang mempunyai beberapa siri objektif, termasuk menawarkan pinjaman kepada ahlinya pada kadar faedah yang berpatutan, menggalakkan penjimatan dan menyediakan jaminan kewangan.



SGSCC ialah organisasi koperasi pertama yang didaftarkan di Singapura dan diasaskan pada 7 Oktober 1925 di bawah Akta Koperasi.



Persatuan ini terbuka khusus kepada semua kakitangan yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam, Lembaga Berkanun dan Syarikat Berkaitan Pemerintah.



Antara pengalaman pekerjaan Cik Ashiqin, 41 tahun, beliau telah didatangi seorang ahli yang telah kehilangan pekerjaannya dan tidak mampu membiayai pinjaman awalnya dengan koperasi tersebut.



"Ahli itu tiada gaji selama sembilan bulan. Bukan itu sahaja, malah ahli itu juga memerlukan pinjaman tambahan untuk menampung kos pembedahan bapanya yang ditimpa penyakit angin ahmar dan memerlukan pinjaman sebanyak $20,000," cerita ibu dua anak itu.



Bagi membantu ahli ini, Cik Ashiqin harus membuat rayuan kepada pengurusan koperasi untuk meluluskan pinjaman kedua ahli itu.



Sering kali jika ahli sudah mempunyai pinjaman yang belum dilunaskan terdahulu, ahli itu tidak dapat mengambil pinjaman yang kedua.



Mendengar kisah dan situasi ahli tersebut, Cik Ashiqin melakukan yang terbaik dan bantu memohon untuk ahli itu.



Berdasarkan kes demi kes, mujur permohonan kes individu itu berjaya setelah Cik Ashiqin meyakinkan pengurusan koperasi atas keputusan itu.



"Saya hanya melakukan tugas, namun saya rasa gembira dapat menolong apabila mendapat tahu permohonannya lulus dan beliau mendapatkan pinjaman yang diperlukan," kata Cik Ashiqin, yang kemudian telah menerima pujian atas bantuan dan perkhidmatannya terhadap individu itu.



Bagi Cik Ashiqin, beliau akur bahawa pada mulanya, beliau tidak mengetahui akan perkhidmatan yang ditawarkan.



"Saya rasa pelik dan tidak faham mengapa ada orang yang ingin berhutang. Namun, setelah saya mula membina keluarga dan ingin membeli rumah, saya mendapati bahawa pinjaman wang sedemikian adalah penting untuk membantu dalam perancangan kewangan," jelasnya.



Meminjam wang menerusi SGSCC mempunyai kebaikannya.



Walaupun terdapat faedah sama seperti pinjaman dari bank, SGSCC tidak mengenakan denda apabila peminjam gagal membayar pinjaman tersebut. Bayarannya hanya mengikut faedah yang telah dijanjikan dalam kontrak dan bukan faedah tambahan, jelas Cik Ashiqin lagi.



"Dek pandemik, kami mula membuka permohonan perkhidmatan dalam talian dan kini kami menerima sekurang-kurangnya 15 permohonan secara purata setiap hari.



"Bilangan ini sudah hampir dengan bilangan sebelum Covid-19, iaitu 25 permohonan secara purata setiap hari. Kami perhatikan pinjaman yang lebih popular adalah pinjaman perubatan, pendidikan dan ubah suai rumah," ulas Cik Ashiqin.



"Koperasi kredit adalah penting bagi golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai akses kepada kredit dari bank kerana ini adalah satu pendekatan yang lebih selamat berbanding peminjam wang yang mempunyai faedah wang tinggi," nasihat beliau.




"Saya rasa pelik dan tidak faham mengapa ada orang yang ingin berhutang. Namun, setelah saya mula membina keluarga dan ingin membeli rumah, saya mendapati bahawa pinjaman wang sedemikian adalah penting untuk membantu dalam perancangan kewangan.

Koperasi kredit adalah penting bagi golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai akses kepada kredit dari bank kerana ini adalah satu pendekatan yang lebih selamat berbanding peminjam wang yang mempunyai faedah wang tinggi."

- Cik Nur Ashiqin Mohd Rosley.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >