Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pengalaman luas warga emas aset berguna kepada syarikat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman luas warga emas aset berguna kepada syarikat

Jan 28, 2018 | 05:30 AM



Pekerja matang berusia 65 tahun dan ke atas membawa pengalaman dan kemahiran yang berguna bagi syarikat. Lebih banyak yang boleh dilakukan bagi membantu pekerja matang menyertai semula pasaran buruh dengan menyesuaikan pekerjaan dengan usia mereka dan menggalak mereka memasuki ekonomi gig (perkongsian). Bagaimana syarikat boleh menyesuaikan pekerjaan bagi menarik pekerja matang? Apakah pekerjaan dilakukan pekerja matang selepas bersara? NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg), SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) melaporkan.



PADA usia yang sudah mencecah lebih 65 tahun, tenaga fizikal tidak setangkas pekerja muda.



Tetapi, usah ketepikan golongan emas yang masih boleh bekerja dan menjadi aset berharga kepada syarikat dengan pengalaman kerja mereka yang luas.



Malah, golongan pekerja emas ini boleh menjadi sumber tenaga kerja sedang pertumbuhan tenaga kerja mencapai sifar di masa hadapan.



Mereka juga boleh menyumbang dalam ekonomi gig (perkongsian) yang lebih fleksibel dari segi masa, lantas tidak memerlukan mereka bekerja sepenuh waktu seperti pekerja biasa, menurut beberapa pengamat dan pemimpin masyarakat yang ditemu ramah Berita Minggu (BM).



Semasa sidang Perspektif Singapura 2018 anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, yang mengetuai Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) berkata lebih banyak yang boleh dilakukan bagi membantu golongan berumur seperti mereka pekerjaan bagi membolehkan mereka terus bekerja dan membantu mereka dalam ekonomi gig.



Pasaran buruh di Singapura telah memasuki tempoh pertumbuhan perlahan dan boleh berterusan dengan tumbuh sifar selepas 2020.



Oleh kerana kadar kesuburan Singapura (TFR) sebanyak 1.2 adalah lebih rendah daripada kadar gantian dan pertumbuhan pekerja asing tidak berubah, sumber tenaga pekerja boleh diperolehi melalui pekerja matang.



Individu boleh bekerja lebih lama dan usia persaraan telah dilanjutkan kepada 62 tahun, dan pekerja boleh terus bekerja sehingga berusia 67 tahun.



Singapura mempunyai 500,000 rakyat berusia 65 tahun dan ke atas hari ini dan jumlahnya dijangka meningkat sekitar 900,000 menjelang 2030.



Dengan langkah pemerintah mengetatkan bekalan pekerja asing dan tenaga buruh yang kian menua, majikan-majikan dalam ekonomi gig perlu terbuka untuk mengambil pekerja berumur bagi mengekalkan perniagaan mereka, kata Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir RisPunggol, Encik Zainal Sapari.



"Pekerja berumur yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang bekerja sebagai pekerja sambilan (freelancers) menjadi pilihan hari ini berbanding pekerja tradisional kerana ia lebih mudah bagi syarikat mendapatkan kepakaran yang mereka perlukan tanpa melibatkan kos dalam hubungan majikan dan pekerja tradisional,'' kata Encik Zainal.



Pengarah Pemasaran syarikat pengambilan pekerja peringkat pertengahan dan tinggi, Spring Profesional, Encik Imran Johri, berkata pekerja berumur membawa nilai yang tinggi kepada syarikat kerana pengalaman kerja dan kepakaran mereka.



Oleh kerana keperluan pekerja berusia berbeza daripada pekerja muda, ekonomi gig boleh menyesuaikan pekerjaan mereka bagi menarik pekerja tua.



Ia termasuk tempoh bekerja lebih fleksibel, keupayaan bekerja di mana sahaja tanpa perlu ke tempat kerja, faedah perubatan dan elaun pengangkutan.



"Syarikat boleh menyesuaikan dasar pengambilan pekerja dan faedah mereka bagi memenuhi keperluan pekerja tua, lantas menggalak mereka menyertai pasaran buruh dengan cara produktif,'' jelas Encik Imran.



Rekaan semula pekerjaan amat penting dalam menentukan sama ada syarikat dapat menarik pekerja matang bagi memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas, kata pensyarah Sekolah Pengurusan Perniagaan Politeknik Nanyang, Encik Gerald Chen.



Syarikat boleh membahagikan tugas berdasarkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dan boleh dipadankan dengan kekuatan pekerja lebih tua, tambahnya.



Dengan teknologi pesat berubah, majikan juga membantu pekerja matang menggunakan teknologi.



Syarikat penyedia khidmat kenderaan swasta, Grab, misalnya bekerja sama dengan pemandu matang untuk menggunakan teknologi seperti aplikasi tempahan, GPS dan pembayaran tanpa tunai buat kali pertama.



Pemerintah telah memperkenalkan langkah untuk menarik lebih ramai warga emas menyertai semula pasaran buruh.



Jawatankuasa Tiga Pihak mengenai Daya Kerja Pekerja Matang (Tricom) telah mengemas kini Garis Pandu Tiga Pihak untuk membimbing majikan dan pekerja mengenai pengambilan kerja semula oleh majikan lain.



Pekerja yang mencecah usia 65 tahun pada atau selepas 1 Julai tahun lalu, serta ingin dan berupaya terus bekerja kini boleh berbuat demikian hingga usia 67 tahun.



Dengan andaian tidak ada kemasukan rakyat baru dan TFR mendatar, penduduk yang menua di Singapura boleh menyebabkan ekonomi atau Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) susut 1.5 peratusan mata setahun sehingga 2060, menurut satu kajian IPS.



Dalam sidang IPS itu, Menteri Kewangan Heng Swee Keat membayangkan lebih banyak sokongan akan diberikan kepada warga emas dalam Belanjawan Negara yang akan dibentangkan pada 19 Februari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >