PENGALAMAN Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kedua di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA), akan memberi manfaat kepada usaha mengukuhkan lagi portfolio Ehwal Masyarakat Islam Singapura.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menyatakan demikian dalam satu kiriman Facebook semalam, menyusuli rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong kelmarin.