Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majulah Singapura: CATATAN WARTAWAN

Pengalaman naik Chinook, kibar bendera di angkasa Marina Bay, tidak akan dilupa sampai bila-bila

Aug 10, 2022 | 05:30 AM



APABILA saya ditugaskan ke Pangkalan Udara Sembawang untuk membuat liputan acara Terbang Lalu Bendera Negara sambil menaiki helikopter Chinook, saya seolah-olah tidak percaya!



Tidak pernah saya bayangkan bahawa saya akan berpeluang untuk menaiki helikopter Chinook CH-47SD itu, yang saya lihat terbang megah di angkasa Singapura setiap tahun sewaktu Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Pada masa itu pula, saya baru juga menonton filem Top Gun: Maverick yang dibintangi Tom Cruise sebagai Pete "Maverick" Mitchell, juruterbang pejuang terkenal yang kembali ke sekolah penerbangan Top Gun untuk melatih juruterbang generasi akan datang.



Perasaan teruja mula mengisi jiwa saya untuk melihat operasi pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).



Menjelang NDP, saya dan rakan media berkumpul di Heli Rock Cafe, sebelum dibawa ke Pangkalan Udara Sembawang untuk pengalaman 'sekali dalam hidup' itu.



Perjalanan masuk ke Pangkalan Udara Sembawang, mengambil masa 10 minit.



Rasa gementar dan ghairah mula menyelimuti diri saya, menggantikan perasaan teruja tadi.



Setibanya kami ke Pangkalan Udara Sembawang, pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) memberi taklimat keselamatan.



Mereka menunjukkan cara menggunakan jaket keselamatan, sekiranya berlaku kecemasan.



Semasa saya berjalan ke landasan, saya dapat melihat dengan dekat helikopter Chinook - yang selama ini hanya saya kagumi dari jauh.



Semakin dekat ke helikopter Chinook itu, semakin kuat bunyinya, hampir pekak telinga saya, meskipun kami semua diberi alat penyumbat telinga untuk melindungi deria pendengaran kami.



Selepas saya memakai tali pinggang keselamatan saya, pandangan saya terarah kepada pegawai RSAF menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi.



Dari Pangkalan Udara Sembawang, helikopter Chinook itu membawa kami ke Pulau Sudong di mana bendera akan dipasang.



Pegawai RSAF bertungkus-lumus untuk memasangkan bendera dengan betul sebelum kembali ke udara dan terbang menuju ke Pentas Terapung Marina Bay.



Usaha yang dilakukan para pegawai RSAF untuk memastikan Chinook itu sampai tepat pada masanya di Pentas Terapung begitu mengagumkan.



Selepas itu, saya dibantu oleh pegawai RSAF untuk memakai abah-abah yang dipasang di atas lantai helikopter.



Saya berjalan di helikopter dan menuju ke tingkap yang terbuka dan dari ketinggian Chinook di udara itu, saya dapat menikmati pemandangan kota Singa dengan deretan pencakar langit yang menjadikan negara ini sebuah kota dunia.



Semakin hampir ke Pentas Terapung Marina Bay saya melihat ramai penonton berbaju merah yang hadir di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) menyanyikan lagu kebangsaan.



Sambil saya merakam saat indah di kamera saya, perasaan gembira dan sebak sama-sama menyelubungi hati.



Ia juga membuat saya bersyukur dilahirkan dan menjadi warga negara Singapura.



Perasaannya sukar digambarkan dengan kata-kata.



Walaupun penonton seluruh Singapura melihat bendera selama beberapa saat saja, proses menjayakan bahagian itu sebenarnya memakan masa yang panjang dan tenaga ramai orang.



Dari angkasa Marina Bay, helikopter Chinook pulang semula ke Pulau Sudong untuk melepaskan bendera, menandakan berakhirnya operasi yang telah menjayakan antara mercu tanda sambutan NDP.



Begitulah rutin mereka setiap minggu sehinggalah perbarisan pada 9 Ogos, semalam.



Ini sedang mereka terus menjalankan tugas harian melindungi negara.



Pengalaman istimewa ini tidak akan saya lupakan dan pastinya adalah kemuncak kerjaya saya sebagai wartawan.




"Sambil saya merakam saat indah di telefon bijak saya, perasaan gembira dan sebak sama-sama menyelubungi hati.

Ia juga membuat saya bersyukur dilahirkan dan menjadi warga negara Singapura.

Perasaannya sukar digambarkan dengan kata-kata."

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >