KERETANYA terbabas ke kanan, kemudian terheret ke kiri.
Susah bagi Encik Affandi Salleh mengawalnya, sedang penglihatannya pula mula kabur.
Akhirnya kereta Audi-nya yang dilanggar secara tiba-tiba dari belakang tersadai di tepi Lebuhraya Utara-Selatan.
Kejadian pagi itu berlaku sebelum laluan keluar menuju ke Linggi, Pedas dan Rembau, di Negeri Sembilan.
Akibat kemalangan itu Encik Affandi dan isterinya, Cik Khadijah Mohamed Isa, kededuanya berusia 55 tahun, terpaksa membatalkan rancangan untuk menuju ke Subang Jaya, Selangor.
Bahkan, bahagian kiri depan keretanya dan beberapa bahagian lain kemik. Namun apakah pula nasib beliau dan isterinya?
Ikuti kisah lanjut mereka di Berita Harian esok.