Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ragam majikan: Ada bayar gaji tepat masa, ada bayar 'main-main'

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG bekerja sebagai pegawai keselamatan selama 16 tahun, Encik Raymax (bukan nama sebenar) telah melihat dua jenis majikan - yang meminta bekerja lebih tetapi membayar tepat pada masanya dan mereka yang membayar gaji 'main-main'.



Bujang 40 tahun itu berkata kadangkala pegawai keselamatan - terutama sepertinya yang bekerja secara 'ad-hoc' - tidak mendapat perlindungan mencukupi dari pihak pengurusan apabila orang lain mendera secara lisan atau fizikal.



Menceritakan lebih lanjut pengalamannya, Encik Raymax berkata:



"Kadangkala masa kerja saya melebihi 12 jam selama enam hari, sebab tiada pilihan. Saya terpaksa mengambil syif lebih kerana amat memerlukan wang.



"Tetapi saya tahu ada yang dipaksa bekerja syif berganda terutama mereka yang bekerja di syarikat-syarikat lebih besar."



Menurut beliau yang pernah bekerja dengan 10 syarikat berbeza, terdapat pelbagai ragam majikan yang ditemuinya.



"Ada dua jenis majikan yang saya alami. Satu, majikan yang akan membuat anda kerja lebih banyak tetapi akan membayar gaji tepat pada masanya dan satu pihak pula, majikan yang 'main-main' bayar gaji," katanya.



Dari segi cabaran yang dihadapi, Encik Raymax berkata ini bersangkutan dari sudut perlindungan dan sokongan dari pihak pengurusan, lebih-lebih lagi bagi dirinya, yang bertugas sebagai pegawai sub-kontraktor dan 'ad-hoc'.



"Kadangkala ada orang bersikap kasar dan kami tidak boleh lawan balik sebab klien percaya pelanggan selalu betul. Sukar untuk kami mempertahankan diri.



"Sebab itu, saya rasa apabila tidak mendapat sokongan yang sebaiknya, ramai pekerja akan meninggalkan syarikat itu," terangnya.



Bagi dirinya, beliau telah menukar majikan kerana ada yang tidak bayar tepat pada masanya.



"Ada majikan yang harus dikejar untuk beri gaji dan ada pula bayar lebih sedikit sebab tidak mengambil kira syif saya," tambah Encik Raymax.



Sementara itu, ada pegawai keselamatan yang mengalami nasib lebih baik, seperti pegawai yang ingin dikenali sebagai Encik Saiful, 38 tahun.



"Sejauh ini saya tiada masalah dengan majikan. Waktu kerja kami pun tetap dan tidak melebihi 12 jam serta tidak perlu melakukan kerja lembur.



"Boleh dikatakan majikan saya mematuhi peraturan pemerintah dan kami juga tidak ada masalah kekurangan tenaga kerja," kongsi beliau.



"Cuma cabaran sejauh ini ialah sebagai pegawai keselamatan kami harus betul-betul mengikut prosedur operasi ditetapkan disebabkan Covid-19," tambah Encik Saiful yang sudah 16 tahun dalam bidang itu.



Bagi Cik Sinar Suria Abdul Rahman, 33 tahun, bekerja syif selama 12 jam merupakan pilihannya sendiri kerana harus menyara keluarga.



"Setiap minggu, saya sendiri yang secara sukarela melakukan syif tambahan kerana ingin dapatkan wang lebih. Syif tambahan ini amat membantu dalam keperluan harian keluarga saya.



"Walaupun penat, saya seperti ramai orang bekerja kerana wang dan tidak keberatan," jelas beliau.




PENGALAMAN PEGAWAI



"Kadangkala masa kerja saya melebihi 12 jam selama enam hari, sebab tiada pilihan. Saya terpaksa mengambil syif lebih kerana amat memerlukan wang.



Tetapi saya tahu ada yang dipaksa bekerja syif berganda terutama mereka yang bekerja di syarikat-syarikat lebih besar."
- Encik Raymax (bukan nama sebenar).



"Sejauh ini saya tiada masalah dengan majikan. Waktu kerja kami pun tetap dan tidak melebihi 12 jam serta tidak perlu melakukan kerja lembur.



Boleh dikatakan majikan saya mematuhi peraturan pemerintah dan kami juga tidak ada masalah kekurangan tenaga kerja. ''
-Encik Saiful.



"Setiap minggu, saya sendiri yang secara sukarela melakukan syif tambahan kerana ingin dapatkan wang lebih. Syif tambahan ini amat membantu dalam keperluan harian keluarga saya.



Walaupun penat, saya seperti ramai orang bekerja kerana wang dan tidak keberatan.''
- Cik Sinar Suria Abdul Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >