Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman pertama sertai Perbarisan RSAF50

Sep 02, 2018 | 05:30 AM



PENGALAMAN menyertai perbarisan sempena ulang tahun ke-50 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF50), memang mencetuskan perasaan bercampur baur baginya; gembira, teruja dan juga gementar.



Namun, lebih menarik lagi bagi Sarjan Ketiga (3SG) Haziq Akmal Jasman, ia memberikannya peluang berinteraksi dengan pegawai lain semasa latihan dan mempelajari tentang divisyen mereka dan perbezaan dari segi latihan.



"Memang peluang yang diberikan untuk menyertai acara barisan ini memang sesuatu yang amat saya hargai.



"Pada masa yang sama, saya juga dapat bertemu pegawai perkhidmatan dari komand lain dan ini mencelikkan mata saya untuk memahami lebih mendalam tentang bahagian-bahagian RSAF yang berbeza dan bagaimana ia dapat bekerjasama untuk berkhidmat dengan lebih baik," katanya semasa dihubungi Berita Harian.



Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) 3SG Haziq, 21 tahun, merupakan seorang Pakar Senjata Pertahanan Udara di unit Pertahanan Udara Berpangkalan di Darat (GBAD), di mana beliau dilatih dengan pengkhususan untuk mengendalikan Radar Mencari serta Mengesan Sasaran Mudah Alih (P-Star) untuk menyokong misi RSAF.



Menurutnya, latihan yang dilalui sebagai sebahagian daripada kontinjen Perbarisan RSAF50 yang berlangsung semalam memang mencabar.



"Secara fizikal, memang latihan ini memenatkan, tapi ia dilakukan untuk memastikan pergerakan kami boleh segerak.



"Ini merupakan kali pertama saya mengambil bahagian dalam mana-mana perbarisan, jadi saya sedar saya memerlukan latihan yang lebih berbanding mereka yang pernah menyertai perbarisan lain seperti NDP (Perbarisan Hari Kebangsaan) dan sebagainya," ujar beliau.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong merasmikan perbarisan tersebut semalam di Pangkalan Udara Tengah dan memaparkan tarikan seperti acara terbang lalu dan penampilan pertama Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan atau Multi-Role Tanker Transport (MRTT).



Selain menyertai Perbarisan RSAF50, 3SG Haziq juga telah mendekati orang ramai di RSAF50@Heartlands di Bedok untuk memberikan maklumat dan pemahaman tentang RSAF dan juga sistem GBAD yang mereka gunakan bagi mempertahankan Singapura.



RSAF50@Heartlands bertujuan mendekati orang ramai bagi melahirkan penghargaan RSAF kepada mereka di kawasan kejiranan.



Dari Mac hingga Mei lalu, orang ramai menyertai sambutan tersebut di lima kawasan kejiranan termasuk Toa Payoh, Sembawang, Punggol, Bedok dan Jurong East.



Menyentuh tentang pengalaman yang dilaluinya berinteraksi dengan penduduk di Bedok, 3SG Haziq akui berasa agak kekok pada awalnya.



"Ini merupakan kali pertama saya mendekati orang ramai untuk memberikan mereka maklumat mengenai fungsi sistem dan sebagainya, jadi pada mulanya memang kekok dan gementar kerana saya tidak tahu bagaimana berinteraksi dengan kanak-kanak di sana.



"Tetapi saya dapat pelajari cara yang terbaik melakukan demikian dengan melihat perkongsian rakan sepasukan saya dengan mereka," katanya.



3SG Haziq berharap dengan penerangan serta perkongsiannya dengan kanak-kanak di sana, beliau dapat sedikit sebanyak mencetuskan inspirasi kepada generasi muda untuk percaya akan pentingnya berkhidmat untuk negara.



"Saya harap mereka juga akan bersemangat untuk melakukan perkara yang sama," tambah beliau.



Baru-baru ini, 3SG Haziq juga telah menerima Anugerah Bulanan Anggota Udara Cemerlang bagi mengiktiraf pelbagai sumbangannya kepada RSAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >