Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman Saat letak Muis dalam kedudukan terbaik beri khidmat kepada masyarakat

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN baru Majlis Ugama Islam (Muis), Encik Saat Abdul Rahman, berada dalam kedudukan baik untuk menyokong usaha badan tersebut dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat, terutama sekali dalam mengharungi cabaran hari ini.



Dengan pengalamannya dalam bidang media dan penglibatan beliau dalam beberapa badan pemerintah dan masyarakat, beliau diharap dapat memperkaya pemikiran dalaman Muis serta meningkatkan kredibiliti dan prestasi institusi tersebut.



Demikian menurut beberapa pengamat dan pemimpin masyarakat menyusuli berita peralihan pucuk pimpinan Muis, di mana editor Berita Harian (BH), Encik Saat, 60 tahun, dijangka mengambil alih jawatan presiden Muis mulai 7 Ogos.



Beliau menggantikan Haji Mohammad Alami Musa yang telah berkhidmat sebagai presiden selama lebih 18 tahun sejak 2003.



Menurut mereka, peralihan kepimpinan ini diharap dapat mengukuhkan lagi keupayaan Muis dalam menangani cabaran masa kini yang lebih rumit dan mencabar.



Banyak kemajuan yang telah dicapai Muis dan masyarakat Islam, namun ia perlu bergerak bersama masyarakat dan meneruskan usaha membangunkan masyarakat terutama sekali dalam memberikan panduan keagamaan yang sesuai dengan konteks Singapura dan keadaan dunia hari ini, kata Naib Pengerusi, Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) Ustaz Dr Mohamed Ali.



"Selain daripada meneruskan legasi dan wawasan Encik Alami Musa, saya yakin Encik Saat berada dalam kedudukan yang baik untuk menyokong usaha Muis dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.



"Dalam mengharungi cabaran hari ini, masyarakat memerlukan kepimpinan agama yang jitu dan mantap serta pemikiran agama yang luas serta bersifat kontekstual," kata Ustaz Dr Mohamed, yang juga Penolong Profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Zainul Abidin Rasheed pula berkata pengalaman Encik Saat dalam industri media dapat membantu beliau dalam peranan barunya itu.



"Dengan pengalamannya sebagai Editor BH, beliau lebih terdedah kepada perkembangan masyarakat Melayu/Islam dan juga cabaran-cabaran akan datang.



"Pengalamannya bertugas dengan badan berkanun lain juga akan membantu beliau dalam khidmatnya dengan Muis," ujar Encik Zainul, yang pernah menyandang jawatan Presiden Muis dan Editor BH.



Menyampaikan ucapan tahniahnya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah berkata usaha Mendaki untuk memperkasa dan mencapai kejayaan disokong Encik Saat selama ini.



"Kami mengalu-alukan peranannya untuk meneruskan usaha baik yang dibina Haji Mohammad Alami Musa di Muis.



"Dengan pengalamannya yang luas serta dalam industri media dan pemahamannya tentang isu masyarakat, Mendaki telah diberi peluang untuk bekerja rapat dengannya dalam memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat," katanya.



Cik Zuraidah juga menyampaikan penghargaannya terhadap Presiden Muis kini, Haji Alami, yang telah memainkan peranan penting dalam mempertingkat keupayaan Muis dalam menghadapi keperluan masyarakat yang terus berubah.



Cik Zuraidah juga menyifatkannya sebagai "penyokong kuat usaha mengeratkan hubungan masyarakat dan keharmonian agama.



Tambahnya: "Di bawah rangka kerja M3, Mendaki berharap dapat terus mengukuhkan hubungan dengan Muis.



"Kami juga akan terus memberikan sokongan terhadap misi Muis untuk berkhidmat kepada masyarakat."



Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) turut mengalu-alukan perubahan kepimpinan tersebut dalam satu kenyataannya semalam.



"Encik Saat memahami cabaran yang dihadapi masyarakat Islam Singapura, untuk itu beliau mampu membimbing Muis untuk menghadapi landskap yang pesat berubah," ujarnya. - SITI AISYAH NORDIN




"Dengan pengalamannya sebagai Editor BH, beliau lebih terdedah kepada perkembangan masyarakat Melayu/Islam dan juga cabaran-cabaran akan datang.

Pengalamannya bertugas dengan badan berkanun lain juga akan membantu beliau dalam khidmatnya dengan Muis."

- Encik Zainul Abidin Rasheed, yang pernah sandang jawatan Presiden Muis dan Editor BH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >