Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN GEN-Z

Pengalaman sebagai 'intern' syarikat berpangkalan di AS

JO-ADAM SAIFUL MIRZA

Apr 11, 2022 | 05:30 AM



SEMASA rakan-rakan saya melakukan persiapan untuk berehat pada 9.30 malam, saya memulakan hari kerja dalam keselesaan di rumah sebagai intern perniagaan di syarikat berpangkalan Amerika, Iterative Scopes, melayani panggilan dan menghadiri mesyuarat bersama pasukan saya sedang saya minum bercawan kopi agar saya sedar.



Pada sebelah siang, saya periksa draf dokumen-dokumen paten bagi memastikan ia terlindung daripada sebarang cabaran dan masalah undang-undang.



Saya juga lakukan tugasan harian seperti penyelidikan dan menulis laporan, memeriksa berbagai dokumen yang melibatkan perlindungan hak intelektual (IP).



Rutin ini telah banyak membantu saya sedang saya uruskan masa antara penjadualan mesyuarat lewat pada sebelah malam agar dapat bersama rakan-rakan saya di Amerika Syarikat dan mengerjakan dokumen-dokumen pada sebelah siang.



Interative Scopes merupakan sebuah firma baru atau 'start-up firm' di mana saya dapat bekerja langsung dengan pemegang taruhan yang berjawatan tinggi untuk menyertai dokumentasi perlindungan IP dan mendraf paten.



Saya juga membantu perniagaan dalaman lain serta tugasan operasi kewangan.



Seseorang mungkin terbayang mengapa saya memilih peluang bekerja sambil belajar sedemikian meskipun jadualnya adalah sepanjang masa.



Sebagai penuntut Pengurusan Perniagaan SMU yang akan tamat pengajian, saya sering mencari peluang, terutamanya dalam firma-firma baru, agar dapat membezakan saya dengan rakan-rakan lain.



Dari sudut kerjaya, tenaga dan inovasi yang diperlukan firma-firma baru ini, adalah sesuatu yang saya rasa sesuai untuk saya.



Bila pandemik melanda, keresahan dirasakan - secara tiba-tiba, saya terbayang tentang masa depan saya, dan sekiranya impian saya untuk memulakan kerjaya dalam dunia firma baru akan tercapai.



Ini merupakan sebuah dunia yang tidak menentu bagi mahasiswa, terutamanya mereka yang sedang dalam peralihan untuk bekerja dalam dunia sebenar.



Antara bantuan dan skim kerjaya pelbagai yang terdapat di universiti, saya memohon bagi program Penyesuaian Inovasi Sejagat (GII) Institut Inovasi dan Keusahawanan (IIE) SMU, dengan harapan untuk bekerja sambil belajar yang akan merubah kehidupan.



Program tiga bulan ini eksklusif dalam sistem ekologi inovasi dan keusahawanan di syarikat-syarikat yang berkembang pesat bagi memupuk set minda keusahawanan dalam kalangan pelajar.



Saya mula mengenali firma baru itu selepas ia memenangi hadiah utama di acara unggul IIE SMU - Pertandingan Pelan Perniagaan Sejagat Lee Kuan Yew. Antara banyak penyertaan hebat yang lain, idea menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam alat-alat mengesan dan diagnostik gastroenterologi memukau saya.



Tempoh tiga bulan saya dilanjutkan kepada enam bulan dan baru-baru ini saya menamatkan program bekerja sambil belajar itu pada Disember 2021.



Tugasan paling saya ingat sejauh ini adalah semasa menguruskan satu paten. Di sebalik prosesnya yang kompleks dan rumit, saya banyak belajar tentang bekerja dalam industri jagaan kesihatan yang memberi saya pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana firma-firma teknologi perubatan (MedTech) beroperasi.



Banyak yang diperkatakan tentang bagaimana generasi saya (Gen-Z) tidak berdaya tahan secara mental. Saya tidak setuju.



Dalam suasana bekerja dari rumah, generasi saya sudah biasa dengan rangkaian perhubungan dan tiada masalah dengan perubahan.



Peralihan untuk bekerja dalam sekitaran terpencil lebih lancar berbanding dengan rakan-rakan sekerja lebih tua yang biasa bekerja dalam sekitaran pejabat.




"Tugasan paling saya ingat sejauh ini adalah semasa menguruskan satu paten. Di sebalik prosesnya yang kompleks dan rumit, saya banyak belajar tentang bekerja dalam industri jagaan kesihatan yang memberi saya pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana firma-firma teknologi perubatan (MedTech) beroperasi. Banyak yang diperkatakan tentang bagaimana generasi saya (Gen-Z) tidak berdaya tahan secara mental. Saya tidak setuju. Dalam suasana bekerja dari rumah, generasi saya sudah biasa dengan rangkaian perhubungan dan tiada masalah dengan perubahan. Peralihan untuk bekerja dalam sekitaran terpencil lebih lancar berbanding dengan rakan-rakan sekerja lebih tua yang biasa bekerja dalam sekitaran pejabat."
- Penulis.




  • Jo-Adam Saiful Mirza merupakan mahasiswa dalam pengurusan perniagaan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan intern program kerja sambil belajar Penyesuaian Inovasi Sejagat SMU. Rencana ini ditulis untuk Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >