Pengalaman sendiri jadi dorongan sertai inisiatif bagi bantu belia tangani cabaran kesihatan mental, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:52
Asar
4:06
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pengalaman sendiri jadi dorongan sertai inisiatif bagi bantu belia tangani cabaran kesihatan mental

Aug 05, 2021 | 05:30 AM

SEPERTI kebanyakan pelajar di Singapura, keputusan akademik merupakan aspek penting dalam kehidupan Cik Syimah Jasni.

Kejayaan akademik seolah-olah merupakan lambang kejayaan dan cara membanggakan ibu bapa serta masyarakat.

Setelah lulus peperiksaan GCE Peringkat 'O' dan 'A'-nya, Cik Syimah melangkah ke Universiti Teknologi Nanyang (NTU) untuk memburu sarjana mudanya.

"Di samping tekanan yang saya hadapi berada dalam sekitaran yang sangat kompetitif, saya juga secara tidak sengaja telah meletakkan harapan tinggi bagi diri sendiri di mana saya mahukan kesempurnaan dan tidak memberikan ruang untuk melakukan kesilapan.

"Bagi saya, mendapatkan keputusan (akademik) yang baik menjadi ukuran kejayaan untuk mencapai tonggak kejayaan yang seterusnya dalam kehidupan saya, dan ia juga merupakan harapan yang saya letakkan pada diri untuk membanggakan ibu bapa dan masyarakat saya.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Saya mahu mencapai tahap yang setaraf dengan rakan sebaya di sekolah dan tidak mahu mengecewakan orang di sekeliling saya," ujar beliau.

Namun, dalam mengejar kejayaan yang diinginkan itu, Cik Syimah, 23 tahun, berdepan dengan 'kegagalan' pertamanya.

Pada tahun pertama di universiti, beliau terpaksa membatalkan salah satu ijazah yang diambilnya kerana tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Pengalaman tersebut merupakan "proses yang sunyi" baginya kerana rakan sebayanya yang lain kelihatan tiada masalah dalam melalui pengajian masing-masing.

Pun begitu, beliau tidak cuba mendapatkan pertolongan.

Bahkan, anak muda itu memaksa dirinya dengan "menghabiskan waktu berjam-jam belajar sehingga larut malam dan mengorbankan kesihatan mental sendiri dengan harapan dapat memperoleh keputusan yang baik".

Tekanan dan kegelisahan yang dihadapinya ketika itu menyebabkannya mengalami mimpi buruk berterusan berkaitan peperiksaan, berat badannya berkurangan secara drastik dan kesukaran tidur malam.

Tangannya juga sering menggeletar dan beliau tidak lagi mahu mengambil bahagian dalam interaksi sosial.

"Pada ketika itu, saya sedar saya tidak bersedia atau tidak diajar cara berdepan dengan pergelutan kesihatan mental kerana saya tidak tahu bagaimana untuk mengatasi simptom-simptom itu," katanya.

Meskipun tahu keluarganya akan sentiasa menyokongnya, anak bongsu tiga beradik itu berkata, beliau tidak selesa "mendedahkan kelemahannya" kepada mereka.

"Saya tidak mahu dicapkan sebagai 'lemah' atau strawberry (gelaran bagi generasi yang tidak dapat menghadapi tekanan sosial)," jelasnya.

Mujur, beliau mendapatkan bantuan dengan berkongsi pengalamannya itu dengan seorang dewasa yang dipercayai - pensyarahnya di universiti, Profesor Chin Chee-Kai.

"Beliau seorang mentor yang hebat dan memberi saya nasihat kehidupan yang akhirnya membantu saya mendapatkan semula motivasi yang telah hilang pada waktu itu.

"Beliau mengingatkan saya bahawa keputusan akademik bukan segala-galanya dan terdapat lebih dari itu dalam kehidupan seperti kekuatan diri saya, hubungan peribadi saya dan kebahagiaan saya," ujar Cik Syimah.

Pengalamannya mendorong pengurus akaun pembaharuan itu menyertai Project: It'll Be Alright - satu inisiatif yang bertujuan membantu belia berusia antara 15 dengan 35 tahun yang melalui cabaran kesihatan mental.

Ini dilakukan dalam bentuk e-book atau buku elektronik yang bakal diterbitkan kelak.

"Saya harap lebih ramai belia dapat tampil ke hadapan untuk bercakap tentang kelemahan mereka dan bagaimana mereka dapat bangkit lebih kuat.

"Usaha ini akan membantu mengurangkan stigma berkaitan dengan kesihatan mental dan membolehkan perbincangan yang lebih terbuka mengenainya," kata beliau.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map