Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman sendiri jadikan diri lebih prihatin 'kesukaran' murid kuasai Bahasa Melayu

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



DR ZAINABA Omar pernah mengalami cabaran mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu ketika di bangku sekolah dahulu memandangkan bahasa tersebut bukan bahasa ibundanya.



Dilahirkan dalam keluarga berketurunan India, Dr Zainaba dan ahli keluarganya bertutur dalam bahasa Malayalam, iaitu bahasa ibunda orang Malabar, di rumah.



Namun, memandangkan beliau dimasukkan ke sekolah Melayu bagi peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, beliau perlu mempelajari Bahasa Melayu.



Justeru apabila guru Bahasa Melayu berpengalaman lebih 23 tahun itu menemui pelajar yang turut sukar memahami Bahasa Melayu kerana biasa bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah, beliau dapat memahami mereka.



"Saya menghadapi sedikit cabaran ketika di darjah satu dan darjah dua. Tetapi apabila di darjah tiga, saya lebih faham.



"Kini sebagai guru, saya mendapati anak-anak murid saya ramai yang tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu, jadi saya boleh memahami mereka," kata Dr Zainaba, 60 tahun.



Guru peneraju di Sekolah Rendah Clementi itu baru-baru ini menerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) bagi Kategori Teladan.



Dr Zainaba berkata dalam memikirkan strategi yang sesuai untuk murid-murid hari ini, guru perlu melihat kepada profil mereka.



"Saya menggunakan kajian yang telah saya lakukan iaitu kajian menggunakan tugasan sebagai kaedah dalam bilik darjah kerana anak-anak didik kita hari ini amat kurang pendedahannya.



" Jadi bila mereka diberikan tugasan, saya dapati mereka penuh berkeyakinan dan bermotivasi untuk melakukan tugasan tersebut," katanya.



Tetapi Dr Zainaba menambah, sebelum memberikan murid-muridnya tugasan, beliau mengambil peluang daripada cabaran yang dihadapi iaitu mereka mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik daripada bahasa Melayu.



"Jadi apa yang saya lakukan, saya gunakan kaedah penterjemahan melalui permainan. Setelah mereka dapat menterjemahkan perkataan-perkataan itu ke dalam bahasa Melayu, barulah saya akan mulakan tugasan dalam bilik darjah.



"Kedua-dua ini saya dapati membantu untuk profil murid-murid hari ini yang bukan sahaja kurang dari segi pendedahan persekitaran, malah tidak ada minat membaca," tambahnya.



Mengenai anugerah yang diterima, Dr Zainaba berkata beliau rasa seperti ada satu tanggungjawab yang besar untuk "mengarif budimankan" anak-anak didik kita.



"Saya akan meneruskan penerokaan, mencari strategi-strategi pengajaran Bahasa Melayu yang lebih berkesan, mengkaji dengan lebih mendalam, kemudian berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan saya.



"Selain daripada itu, saya terpanggil menulis buku-buku pedagogi untuk menjadi panduan kepada rakan-rakan seperjuangan saya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >