Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman 'terbang' dan teroka sejarah, warisan SIA

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



SIAP dengan pasport di tangan, saya hanya menanti jam menunjukkan 10.30 pagi untuk 'berangkat' ke New York.



Namun, ini bukanlah pelancongan yang anda semua bayangkan tetapi merupakan satu pengalaman istimewa yang ditawarkan Singapore Airlines (SIA) untuk membawa pengunjung 'terbang' dan meneroka sejarah dan warisan mereka selama 70 tahun serta tugas juruterbang dan kru kabinnya.



Baru-baru ini, pasukan rancangan The BM Show diberi peluang menyertai Inside Singapore Airlines - satu pengalaman yang membawa pengunjung pergi ke belakang tabir untuk melihat latihan dan tugas yang dilakukan juruterbang dan kru kabin syarikat penerbangan itu menerusi lawatan berpandu dan kegiatan di Pusat Latihan SIA.



Setibanya di pusat itu, kami diberi 'pasport' yang mengandungi peta dan kegiatan yang boleh dilakukan dan juga goodie bag sebelum menantikan lawatan berpandu bermula.



Antara perkara menarik yang ditampilkan dalam lawatan berpandu itu ialah mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana pramugari menjaga kulit dan melakukan dandanan serta gaya rambut mereka.



Selain itu, pengunjung berpeluang bertemu juruterbang SIA yang menjelaskan tentang latihan simulator penerbangan dan bertanyakan pelbagai soalan berkenaan tugas mereka.



Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dalam lawatan berpandu itu ialah perkongsian tentang latihan kecemasan yang perlu dilalui kru kabin.



Kami dibawa ke sebuah bilik yang mempunyai replika pesawat dengan dua gelongsor boleh kembung, atau inflatable slides.



Seorang kakitangan di situ menjelaskan bahawa dalam situasi kecemasan jika pesawat perlu mendarat atas darat dan penumpang perlu dipindahkan keluar pesawat, gelongsor tersebut boleh dikerah dalam masa enam hingga lapan saat saja dan kru kabin boleh memindahkan sehingga 400 penumpang dalam tempoh 90 saat.



Seterusnya, kami dibawa ke sebuah kolam renang yang menyerupai keadaan di tengah-tengah lautan dan seorang kakitangan menjelaskan cara kru kabin memindahkan penumpang sekiranya pendaratan kecemasan berlaku di atas air.



Di akhir lawatan selama sekitar dua jam itu, saya tidak dapat menyembunyikan rasa bangga terhadap dedikasi dan komitmen juruterbang dan kru kabin SIA yang bekerja keras dalam memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang selain memberi perkhidmatan terbaik.



Walaupun pengalaman Inside Singapore Airlines kini sudah berakhir, saya berharap mereka dapat mengadakan peluang lawatan serupa pada masa depan supaya lebih ramai orang boleh mengenali dan menghargai tugas SIA - antara syarikat penerbangan yang terbaik di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >