Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman unik ke tanah suci dengan ikut konsortium

Sep 01, 2019 | 05:30 AM



MENUNAIKAN ibadah haji bersama sebuah konsortium bukanlah rancangan asal Encik Asman Ramli dan isterinya, Cik Norlaili Ali.



Namun, selepas pulang ke Singapura pada Rabu lalu, pengalaman itu begitu bermakna sekali bagi pasangan ini.



"Pada mulanya, kami tidak tahu pun yang kami akan menyertai konsortium untuk ke Makkah bersama-sama jemaah dari Hamidah Travel, Al-Fattah Travel dan Smiling Travel," kata Cik Norlaili, 59 tahun.



Berangkat pada 29 Julai, mereka berdua menaiki pesawat Saudi dan tiba di Lapangan Terbang Jeddah sekitar 2 pagi.



Selepas sampai ke Jeddah, pasangan suami isteri ini mengambil sebuah lagi pesawat untuk ke Madinah.



"Di Madinah pula, kami menginap di Hotel Oberoi. Sangat selesa dan convenient. Hotel kami juga berdekatan Masjid Nabawi.



"Selain daripada lokasinya yang amat baik, hotel kami juga menyediakan makanan yang sedap-sedap belaka," kata Encik Asman, 59 tahun, yang sebelum ini biasa melancong dengan syarikat pelancongan TravelConnect ini.



Selepas beberapa hari, mereka berdua mula bersiap sedia untuk berangkat ke Makkah, dengan menaiki sebuah bas.



"Perjalanan itu mengambil masa kira-kira lima hingga enam jam. Walaupun duduk lama, bas kami agak selesa, siap dengan hawa dingin.



"Bas itu juga membuat beberapa perhentian untuk rehat atau membeli makanan.



"Kami tidak ke Makka terus, sebaliknya kami ke apartmen di Shisha dahulu," kata Encik Asman.



"Di bawah apartmen itu, ada juga sebuah klinik. Ini memudahkan jemaah haji yang tidak sihat berjumpa dengan doktor. Kami berdua rasa sangat beruntung kerana semua keperluan ada berdekatan dengan kami," tambahnya.



Encik Asman dan isterinya perlu berjalan banyak sepanjang melaksanakan ibadah ini.



"Memang penat. Itu saya tidak boleh nafikan. Tetapi, tak rasa. Kami begitu ghairah diberi peluang dan dijemput untuk ke tanah suci. Apa lagi yang perlu kami merungut? Tujuan kami datang ke sini hanya satu sahaja, iaitu untuk beribadah.



"Jika hati ini mula berbisik... nak merungut... saya akan segera ingat tentang zaman Nabi dahulu. Sahabat Nabi tiada kesenangan yang kami ada pada hari ini apabila menunaikan haji," katanya lagi.



Menceritakan pengalaman mereka di Mina pula, bapa dua anak dewasa itu berkata:



"Di Mina, keadaan amat sesak. Satu khemah dikongsi sekitar 60 jemaah lain.



"Namun, pegawai dan pihak Saudi cuba sedaya upaya untuk memastikan keselesaan para jemaah.



"Jika saya boleh memberi saranan, mungkin ada baiknya jika pihak Saudi dapat membina apartmen di Mina untuk menampung jumlah jemaah yang besar di sana."



Selain itu, Encik Asman, yang bekerja sebagai anggota bomba di Shell Petroleum, juga membuat perbandingan antara ibadah haji dan acara sukan besar-besaran, contohnya Sukan Olimpik.



"Walaupun keadaan di Mina sesak, lagi-lagi tandasnya, saya tetap tabik pihak Saudi yang mengurus jemaah haji di sana dengan baik.



"Jika di Sukan Olimpik atlit dari serata dunia datang dan acara seperti itu sudah susah untuk mengurus, apatah lagi haji di mana berjuta-juta orang daripada setiap pelusuk dunia datang berkumpul di sini... memang bukan satu tugas yang mudah.



"Sama juga apabila mereka mengurus jemaah dari Mina untuk ke Arafah. Berjuta-juta jemaah ingin ke tempat yang sama tetapi pihak Saudi dapat menguruskan kesesakan itu dengan baik. Mereka juga berjaya menyediakan bas untuk beratus ribu jemaah. Ia sesuatu yang amat mencabar," kata Encik Asman.



Bukan sahaja pihak Saudi, Encik Asman juga berterima kasih dengan pegawai dan pengurus konsortium beliau.



Daripada sleeping bag yang diberikan di Muzdalifah dan komunikasi yang efektif antara pegawai dan jemaah, Encik Asman dan isteri gembira dapat juga menjalin silaturahim dengan jemaah lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >