Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengamal seni, budaya penjaga penting identiti

Presiden Halimah: Golongan main peranan penting perkukuh perpaduan sosial, daya tahan dalam negara berbilang budaya
Nov 14, 2021 | 05:30 AM



PENGAMAL seni, budayawan dan warisan adalah penjaga penting identiti bangsa kerana mereka memainkan peranan penting mengukuhkan perpaduan sosial dan daya tahan dalam negara berbilang budaya, kata Presiden Halimah Yacob.



Beliau berkata demikian semasa pelancaran Hari Warisan anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF).



Buat pertama kali, MHF lancar Hari Warisan, satu daya usaha baru untuk menghargai sumbangan seniman dan budayawan Melayu.



Acara khas itu juga bertujuan mempermudah perkongsian pengetahuan antara generasi dan menggalakkan lebih ramai aktivis muda tampil ke hadapan.



Mengalu-alukan inisiatif baru itu, Puan Halimah berkata Hari Warisan dapat mengiktiraf dan meraikan sumbangan golongan penggiat seni di sini serta memberi peluang kepada penggiat lebih muda belajar daripada pengalaman golongan lebih mapan.



"Ia menawarkan ruang kepada penggiat seni bertukar maklumat tentang inisiatif dan skim di peringkat pemerintah dan bukan pemerintah yang boleh menyokong mereka dan kerja mereka.



"Mereka juga boleh berkongsi pengalaman dan amalan terbaik, mendekati rakan kongsi lama dan meneroka potensi bekerjasama.



"Ini menjadi peluang berguna untuk semua peserta memperbaiki seni dan meningkatkan hubungan mereka dengan masyarakat dan warga Singapura," kata beliau.



Semalam, seramai 50 tetamu menghadiri acara tersebut di Auditorium Pusat Warisan Melayu.



Antara mereka termasuk Pengerusi MHF, Dr Norshahril Saat; ahli lembaga MHF; naib pengerusi Cik Rahayu Buang; dan Dr Azhar Ibrahim; penceramah Siri Cendekiawan Lestari MHF; ahli akademik serta pengamal seni dan budaya.



MHF juga menyampaikan dua anugerah baru iaitu Hadiah Warisan dan Tunas Warisan.



Kededua anugerah itu diperkenalkan pada April tahun ini bagi sektor kesenian Melayu dan warisan untuk membina keupayaan dan bakat generasi seterusnya selain mengalak kajian dan dokumentasi demi memperkukuh dan menghargai seni dan budaya Melayu.



Anugerah Hadiah Warisan diberikan kepada pelukis mapan, Encik Idris Mohamed Ali, 77 tahun, yang telah melukis cat air selama lebih 50 tahun, manakala Anugerah Tunas Warisan pula diberikan kepada Cik Nurul Shaza Mohd Ishak, 31 tahun, Pengurus Pengarah Teater Ekamatra dan pensyarah tambahan di Kolej Seni Laselle.



MHF turut melantik tiga Teman Warisan yang merupakan anak muda yang aktif dalam bidang budaya dan warisan, di samping mempamerkan potensi kepimpinan.



Mereka adalah aktivis kebudayaan Cik Anis Qurratu'aini Azman; sukarelawan warisan, Encik Muhammad Hafiz Rashid; dan penyokong sastera Melayu, Cik Liyana Nasyita Shukarman.



Laporan lanjut: Sumbangan penggiat seni Idris Ali kepada persada seni Melayu diiktiraf




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >