Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengamat: BTO Dover Forest yang akan dilancar dijangka dapat sambutan baik

Lokasi di estet matang dan di tengah-tengah sekitaran menghijau antara faktor
Jul 31, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA pengamat menyatakan pelancaran flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Dover Forest dijangka mendapat permintaan tinggi disebabkan lokasinya yang baik di tengah-tengah sekitaran yang menghijau.



Berdasarkan permintaan sebelum ini, projek-projek perumahan di kawasan estet perumahan yang matang biasanya mendapat sambutan baik.



Ini kerana pasangan muda gemar tinggal berdekatan dengan ibu bapa mereka dan kemudahan tinggal di estet berdekatan bandar.



"Pelancaran flat-flat BTO di Dover Forest akan memberi dorongan di kawasan itu. Kita jarang mendapati flat-flat BTO diperkenalkan di lokasi yang baik.



"Tapak di Dover itu akan meliputi taman dan sungai. Lantas, ia akan meningkatkan daya tarikan kawasan itu,'' kata timbalan presiden kanan OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun.



Kelmarin, pemerintah menyatakan rancangan Dover Forest akan disemak, dengan perumahan awam akan dilancarkan di kawasan timur tahun depan manakala kawasan barat akan dikekalkan sebagai kawasan hijau.



Pada awalnya, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mahu melancarkan seluruh tapak yang dikenali sebagai kawasan Hutan Ulu Pandan bagi perumahan awam tetapi ia disemak setelah mengambil kira pandangan penduduk dan pihak berkepentingan khususnya mereka yang inginkan kehijauan itu dikekalkan.



HDB menyatakan kawasan seluas 11 hektar, atau satu pertiga daripada kawasan yang diperuntukkan, yang terletak di bahagian timur Ulu Pandan, telah diperuntukkan bagi perumahan awam dalam tempoh terdekat ini.



Malah, flat-flat baru dijangka mula dilancarkan pada separuh kedua tahun depan.



"Permintaan bagi flat-flat BTO yang baru ini dijangka tinggi. Ia agak lama sebuah projek BTO baru dilancarkan di kawasan itu. Yang terbaru ialah pelancaran flat BTO di Clementi pada 2017. Dover Forest juga terletak berdekatan institusi pendidikan tinggi seperti NUS (Universiti Nasional Singapura), dan Politeknik Ngee Ann dan Politeknik Singapura. Ia juga berdekatan dengan Holland Village, Buona Vista dan taman perniagaan One-North. Jadi, ia amat mudah bagi anggota keluarga yang bekerja atau belajar di sana,'' ujarnya.



Ketika ini, harga jualan flat semula di kawasan Dover adalah sekitar $680,000 bagi flat empat bilik dan $780,000 bagi flat lima bilik.



Beliau menjangka harga pelancaran flat BTO baru di Dover Forest hampir kepada harga pelancaran flat BTO Bukit merah.



Berdasarkan pelancaran flat BTO pada Mei lalu, harga flat empat bilik di Telok Blangah Beacon ialah sekitar $600,000 hingga $700,000. Projek itu cukup laris dan mendapat tempahan yang menggalakkan.



Bersetuju, Ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata permintaan flat BTO dijangka kukuh kerana lokasinya yang juga dekat dengan Stesen MRT Dover.



"Walaupun mahal, saya jangkakan pasangan muda yang sudah bekerja dan mengumpulkan wang CPF (Tabung Simpanan Pekerja) yang banyak serta mereka yang gemar dengan kehijauan akan tertarik dengan flat-flat ini,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >