Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELETAKAN JAWATAN RAEESAH KHAN DARI PARTI PEKERJA

Pengamat: Peletakan jawatan Raeesah langkah WP kembalikan kredibiliti, imej parti

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



PELETAKAN jawatan mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan, daripada Parti Pekerja (WP) setelah mengaku berbohong di Parlimen, adalah langkah yang bertujuan memastikan episod itu tidak menjejas kredibiliti parti itu dan memulihkan imejnya.



Demikian menurut beberapa pengamat politik yang berkata langkah itu wajar dan memang dijangka.



Profesor Madya Eugene Tan daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata tidak jelas apakah Cik Raeesah diminta untuk meletak jawatan tetapi langkah itu boleh dilihat sebagai tindakan parti itu untuk menegaskan ia tidak menerima sama sekali tingkah laku salah oleh AP-nya.



"Dengan bertindak sekarang, parti itu bertujuan untuk mengurangkan kesannya dan memastikan episod sedih ini tidak menjadi liabiliti kepada pasukan GRC Sengkang dan parti," kata Dr Tan.



Penolong Profesor Walid Jumblatt Abdullah daripada Sekolah Sains Kemasyarakatan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berpendapat peletakan jawatan itu bukan satu pemecatan.



"Tentu kededua pihak (WP dan Cik Raeesah) telah menyetujuinya. Dan saya fikir pertimbangan utamanya adalah pilihan raya seterusnya, dan apakah ini akan menjejas kredibiliti mereka.



"Jika ini bukan hasilnya, saya fikir ia mungkin menjejas kredibiliti mereka, tetapi kerana mereka telah mengambil tindakan agak cepat, saya tidak fikir ia akan menjejas keyakinan warga Singapura terhadap parti itu kerana ini merupakan kesilapan individu dan bukan kesilapan parti," kata Dr Walid.



Pada 1 November lalu, Cik Raeesah, 27 tahun, mengaku telah berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya salah dikendalikan oleh polis.



Berikutan pengakuannya itu, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, membangkitkan aduan rasmi terhadap Cik Raeesah kerana melanggar hak istimewa parlimennya dan meminta perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen.



Sehari kemudian, WP berkata ia telah membentuk panel disiplin untuk menyiasat pengakuan Cik Raeesah.



Selasa lalu, WP mengumumkan melalui catatan di Facebook bahawa Cik Raeesah telah meletak jawatan daripada parti tersebut, sekali gus bermakna beliau meletakkan jawatan sebagai AP.



Ahli akademik bebas, Dr Derek da Cunha, pula berkata keputusan bagi peletakan jawatan Cik Raeesah itu bukan merupakan sesuatu yang tidak dijangka, bahkan ia juga satu keputusan yang sewajarnya.



Beliau menarik perhatian tentang kontroversi semasa kempen Pilihan Raya 2020 (GE2020) melibatkan catatan media sosial Cik Raeesah yang mengandungi dakwaan mengenai diskriminasi oleh pihak berkuasa Singapura.



Cik Raeesah kemudian diberi amaran oleh polis.



"Bagaimanapun, nampaknya beliau tidak mempelajari daripada episod itu dan kekal tidak terjejas mengenai akibat kata-kata dan tindakannya.



"Keputusan oleh (Cik Raeesah) untuk meletak jawatan adalah baik untuk dirinya dan WP. Bidang yang beliau tumpukan, secara tidak sengaja, memberi gambaran tentangnya sebagai amat berideologi - seorang SJW (social justice warrior) - yang menimbulkan isu sampingan yang tidak perlu bagi WP, dan mengganggu parti itu daripada usaha pentingnya dalam membantu seramai mungkin warga Singapura dalam cabaran ekonomi mereka," kata Dr da Cunha dalam satu catatan di Facebook.



SJW ialah gelaran yang kerap digunakan bagi seseorang yang mempromosikan pandangan sayap kiri dan liberal.



Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata ramai juga 'netizen' di media sosial yang meminta WP mengambil tindakan tegas, meskipun setelah Cik Raeesah meminta maaf sebelum ini.



"Saya fikir langkah meletak jawatan ini apa yang Raeesah rasakan wajar demi memulihkan imej WP," katanya.



Namun, satu kesan daripada peletakan jawatan Cik Raeesah bermakna ada kurang satu kerusi minoriti di parlimen.



"Tapi perkara ini bukan perkara baru, kerana pada satu ketika Puan Halimah Yacob juga pernah meletak jawatan (untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden), dan AP-AP lain dari PAP membantu beliau dalam mendekati pengundi semasa menantikan pilihan raya seterusnya," kata Dr Norshahril.



Dalam satu sidang akhbar semalam, WP berkata tiada pilihan raya kecil boleh dijangka di GRC Sengkang sedang tiga baki AP kawasan itu akan terus berkhidmat dalam penggal ini. - Laporan tambahan oleh IRMA KAMARUDIN




APA YANG BERLAKU?



3 Ogos: Dalam satu usulan Memperkasa Wanita di Parlimen, Cik Raeesah Khan berkongsi tentang kejadian di mana beliau menemani seorang mangsa pemerkosaan berusia 25 tahun ke balai polis bagi membuat laporan tiga tahun lalu, dan pegawai polis yang mewawancara mangsa dikatakan telah membuat komen yang tidak sesuai mengenai pakaiannya dan bahawa beliau telah minum arak. Memberi respons, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, berkata dakwaan dibuat Cik Raeesah itu adalah serius dan perlu disiasat.



4 Oktober: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berulang kali meminta Cik Raeesah memberi butiran lanjut mengenai kejadian itu di Parlimen. Ini termasuk balai polis yang beliau kunjungi bersama mangsa, butiran mengenai pegawai polis yang terlibat, sama ada beliau telah membuat aduan tentang kejadian tersebut, serta anggaran tarikh kejadian itu berlaku. Bagaimanapun, Cik Raeesah enggan mengongsi butiran lanjut atas sebab kerahsiaan. Speaker Tan Chuan-Jin juga memberi jaminan kepada Cik Raeesah bahawa beliau tidak diminta untuk menyatakan nama atau sebarang butiran yang akan mengenal pasti mangsa. Cik Raeesah kemudian berkata ceritanya adalah benar tetapi berulang kali menolak untuk mendedahkan butiran lebih lanjut - termasuk balai polis yang mereka kunjungi - disebabkan oleh isu kerahsiaan. Encik Shanmugam kemudian berkata bahawa rekod telah disemak dan tiada kes yang sesuai dengan penerangan yang diberikan oleh Cik Raeesah.



20 Oktober: Polis berkata ia tidak dapat mengenal pasti kes serangan seksual yang didakwa Cik Raeesah sebagai disalah urus menyusuli satu pencarian meluas.



1 November: Cik Raeesah memohon maaf di Parlimen kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) dan menarik balik anekdot yang beliau kongsikan mengenai kejadian yang didakwa itu. Beliau akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Istimewa selepas mengaku berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya telah disalah urus oleh pihak polis.



2 November: Parti Pekerja (WP) membentuk sebuah panel tatatertib bagi meneliti kelakuan Cik Raeesah selepas beliau mengaku berbohong di Parlimen.



30 November: Cik Raeesah letak jawatan daripada WP, yang juga bererti beliau letak jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP). Jawatankuasa Hak Istimewa yang sedang meneliti aduan terhadap beliau akan meneruskan tugas mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >