Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengamat: Pembeli terjejas dengan penangguhan BTO tidak mungkin beralih beli flat jualan semula

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru-baru ini memberitahu pembeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Tampines GreenCourt, Clementi NorthArc dan Woodleigh Hillside bahawa sekali lagi terdapat penangguhan pada tarikh siap rumah mereka, pengamat hartanah yang dihubungi akhbar ini berpendapat para pembeli yang terjejas tidak mungkin akan menukar kepada pilihan membeli flat jualan semula di peringkat ini.



Pengarah Kanan (Penyelidikan), Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck, berkata:



"Sangat tidak mungkin pembeli akan menyerahkan flat BTO mereka dan beralih kepada pasaran jualan semula pada ketika ini."



Bersependapat, Ketua Penyelidikan dan Kandungan, PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, berkata:



"Secara amnya, kami tidak fikir pemilik yang terjejas akan menyerahkan unit BTO mereka pada peringkat ini dan beralih kepada pasaran jualan semula kerana mereka telah menunggu agak lama untuk flat baru mereka siap."



Namun, kedua-dua mereka berkongsi nasihat bagi para pembeli yang terjejas.



"Pembeli boleh melakukan kerja persediaan sementara menungu pengambilan kunci... seperti mengenal pasti pereka hias dalaman (ID) untuk pengubahsuaian; ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu hingga dua bulan sebelum mengesahkan ID dan reka bentuk bagi flat tersebut.



"Pada masa yang sama, pembeli boleh mula membeli-belah untuk peralatan rumah dan menjadualkan penghantaran pada tarikh yang dilewatkan," kata Encik Lee.



Bagi bakal pembeli rumah pula, Cik Wong menasihatkan mereka mengambil kira masa menunggu bagi flat-flat baru, serta potensi penangguhan yang boleh berlaku.



Mereka juga perlu mempertimbangkan kemungkinan memerlukan perumahan sementara sekiranya penangguhan berlaku apabila mereka memohon bagi flat BTO.



"Sepanjang tahun lalu, kebimbangan mengenai penangguhan penyiapan telah membantu meningkatkan pasaran hartanah jualan semula pada 2021.



"Kami berpendapat pembeli yang bimbang tentang kelewatan penyiapan dan mereka yang mempunyai keperluan perumahan yang lebih mendesak akan terus memilih flat jualan semula HDB dan bukannya BTO," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >