Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA

Pengamat: Pengundi Melaka utamakan sara hidup, kesihatan di tengah pandemik

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



RAMAI pengundi di Melaka masih lagi tidak berpuas hati mengapa pilihanraya negeri diadakan dalam keadaan pandemik Covid-19.



Mereka merasakan keutamaan sekarang seharusnya ialah bagaimana meneruskan kelangsungan hidup dan menjaga kesihatan daripada jangkitan wabak. Bukannya berpolitik.



Inilah dapatan awal satu kajian Ilham Centre, sebuah institut kajian yang sedang mengikuti trend dan polar pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.



Dalam wawancara eksklusif bersama Berita Harian (BH) , Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid , Felo Ilham Centre, mengatakan kajian menunjukkan ramai yang tinggal di luar Melaka mungkin tidak akan pulang mengundi pada 20 November nanti.



"Sukar untuk semua parti politik mendapat keyakinan pengundi balik mengundi walaupun di kalangan golongan muda yang mesra Internet dan media sosial," tambah beliau.





Hampir 67 peratus pengundi Melaka adalah generasi muda di bawah usia 50 tahun dan mereka merupakan golongan penting dalam pilihan raya ini.



Dengan larangan berkempen dan berhimpun, golongan inilah yang lebih mudah didekati melalui pelbagai platform media sosial dan laman web. Namun kajian Ilham Centre mendapati parti politik yang bertanding mendapati sukar berkempen melalui alam maya dan ia belum menghasilkan kesan yang diharapkan sejauh ini.



Dapatan kajian ini disokong Encik Mohd Azrul Azuan 34 tahun , anak muda kelahiran Melaka yang dihubungi BH.



"Rakyat baru sahaja lega setelah negara kita sudah mencapai fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan baru ingin memulakan kehidupan normal. Tetapi kita terpaksa disibukkan dengan pilihan raya yang sebenarnya boleh dielakkan jika ahli politik terlibat mementingkan rakyat daripada diri mereka sendiri." kata Encik Mohd Azrul, usahawan muda yang tinggal di Selangor.



Menurut beliau, rakyat Melaka secara amnya tidak teruja menghadapi pilihan raya ini kerana ia terpaksa diadakan akibat masalah dalaman sebuah parti.



Bagaimanapun, Encik Azrul, lulusan Universiti Al-Azhar tetap akan pulang ke kampungnya di Umbai untuk menunaikan tanggungjawab mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia meramalkan sekitar 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada hari pilihan raya 20 November.



Tetapi memandangkan kekangan dan larangan berkempen serta kesan psikologi wabak Covid -19 yang mereka alami, Dr Hamidin menjangkakan jumlahnya akan lebih rendah.



"Jumlah pengundi lebih rendah ini sebenarnya memberi kelebihan pada parti parti yang sudah lama berjuang di Melaka kerana mereka mempunyai pengundi setia atau 'hard core' voters yang tetap akan bersama parti. Masalahnya ialah dengan mereka yang 'undecided' mungkin akan menjadi golongan 'uninterested' atau tidak berminat kerana marah dengan kerakusan ahli politik berebut kuasa," jelas Dr Hamidin yang juga penganalisis politik dari Universiti Malaya.



Mengenai persaingan sengit merebut kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) walaupun dalam keadaan pandemik, beliau berpendapat senario ini mencerminkan suasana politik yang berlaku di peringkat federal.



Beliau menyifatkan 22 orang calon bebas yang bertanding sebagai the Third Force atau Kuasa Ketiga yang mencuba nasib mengukur kedudukan mereka dalam politik negara yang kurang stabil sekarang ini.



"Namun tidak mungkin mereka berupaya menjadi 'king maker' atau penentu pihak yang akan menang sebagai satu kumpulan kerana tidak ada persamaan jelas antara mereka." kata Dr Hamidin.



Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 2018, seramai 418,112 orang atau 84.5 peratus daripada 494,662 orang pengundi berdaftar di Melaka keluar mengundi. Bagaimanapun, dalam pilihan raya negeri 20 November nanti, penganalisis politik menjangkakan jumlahnya tidak akan melebihi 60 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >