Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN BTO TERBARU

Pengamat sambut baik langkah beri pemohon kali pertama lebih peluang milik flat

Sep 01, 2022 | 07:48 AM



LANGKAH Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) memperuntukkan lebih banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet tidak matang untuk pembeli kali pertama akan memberi golongan itu lebih banyak peluang untuk memiliki rumah pertama mereka, yang mungkin membantu mereka memulakan keluarga dengan lebih cepat.



Memberi pandangannya tentang pengumuman dasar itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata ia adalah langkah ke arah yang betul memandangkan kadar langganan flat BTO yang sihat sejak beberapa pelancaran lalu, dan menyediakan lebih banyak pilihan perumahan yang dimampui untuk keluarga muda.



Mulai pelancaran flat BTO bulan ini, HDB memperuntukkan lebih banyak flat BTO di estet tidak matang untuk pemohon kali pertama terdiri daripada keluarga dan golongan bujang.



Sekurang-kurangnya 85 peratus daripada flat BTO tiga bilik dan 95 peratus daripada flat empat bilik dan lebih besar di estet tidak matang akan diketepikan untuk keluarga yang kali pertama memohon flat.



Ini naik daripada 70 peratus bagi flat tiga bilik dan 85 peratus bagi flat empat bilik dan lebih besar, kata HDB.



Bagi pemohon kali pertama di kalangan golongan bujang, hingga 65 peratus flat fleksi dua bilik bukan untuk warga emas di estet tidak matang akan diketepikan untuk mereka - naik daripada hingga 50 peratus.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata peruntukan lebih tinggi untuk keluarga pemohon kali pertama mungkin mendorong sebahagian mereka untuk memilih flat di estet tidak matang berbanding estet matang kerana peluang mendapatkan flat kini lebih tinggi.



Tetapi bagi pemohon kali kedua, mereka mempunyai peluang lebih tipis untuk mendapatkan flat BTO di estet tidak matang.



"Oleh itu, ada di kalangan mereka yang mungkin menoleh ke pasaran pertengahan, dan permintaan yang meningkat itu boleh menaikkan harga flat jualan semula di beberapa lokasi," kata Cik Sun.



Secara keseluruhan, HDB menawarkan 4,993 flat BTO dalam pelancaran kali ini, terdiri daripada 2,814 unit di estet matang Ang Mo Kio, Bukit Merah dan Tampines, dan 2,179 unit di estet tidak matang Choa Chu Kang, Jurong East dan Woodlands.



"Pelancaran terbaru ini menawarkan beberapa lokasi BTO yang menarik, dengan banyak projek dalam jarak berjalan kaki ke stesen MRT sedia ada," kata Encik Ismail, merujuk kepada projek di Woodlands South Plains di Woodlands yang terletak 100 meter daripada stesen MRT Woodlands South dan projek Alexandra Vale di Bukit Merah yang terletak 120 meter dari stesen MRT Redhill.



"Kami berpendapat harga BTO kali ini adalah menarik dan akan memenuhi bajet serta keperluan yang berbeza. Secara keseluruhan, kami meramalkan bahawa BTO Ogos 2022 ini mungkin mencapai kadar langganan lima hingga enam kali ganda," tambahnya.



Bagi Cik Asri Rahmawati yang akan bernikah November ini, beliau dan bakal suaminya berharap untuk mendapatkan sebuah flat BTO empat bilik di kawasan Tampines.



Mereka memilih untuk berpindah ke sebuah estet matang agar dapat tinggal dekat dengan orang tua yang menetap di Pasir Ris.



Cuma satu projek ditawarkan di Tampines dalam pelancaran kali ini, iaitu Sun Plaza Spring di tapak yang bersempadan dengan Tampines Street 41 dan Tampines Street 42.



Harga bermula dari $381,000 untuk flat empat bilik dan $520,000 untuk flat lima bilik. Projek itu dianggarkan siap pada suku kedua 2026.



Cik Asri berkata beliau akan membuat permohonan bagi flat itu dalam masa terdekat ini, dan sementara menunggu flat itu siap, beliau akan menetap di rumah ibu bapa mentuanya.



Menurutnya, walaupun peluang mendapatkan flat adalah lebih tinggi di estet tidak matang dengan peruntukan lebih tinggi untuk pemohon kali pertama, Cik Asri berkata lokasi yang ditawarkan adalah tidak sesuai untuk mereka.



"Lokasi estet tidak matang itu terlalu jauh daripada rumah orang tua kami di kawasan timur," kata Cik Asri, 26 tahun.




NASIHAT UNTUK PEMBELI FLAT



◆ Pemohon digalak memohon flat BTO di estet tidak matang bagi peluang lebih tinggi untuk mendapatkan flat



◆ HDB akan menyenarai pendek pemohon menggunakan undian komputer, bukan atas dasar siapa cepat dia dapat



◆ Tidak perlu berebut untuk membuat permohonan dalam masa beberapa jam pertama atau beberapa hari pertama selepas tempoh permohonan dibuka



◆ Pemohon digalak memilih kategori flat dengan kadar permohonan lebih rendah untuk meningkatkan peluang mendapat flat



◆ Pembeli harus mengambil kira bila projek itu dianggarkan siap sebelum membuat permohonan. Projek dengan keadaan tapak yang lebih mencabar, reka bentuk lebih rumit, bilangan unit yang besar atau flat yang lebih tinggi mungkin mengambil masa lebih panjang untuk disiapkan



◆ Bagi projek BTO yang dilancarkan bulan ini, masa menunggu rata-rata antara 3 dengan 5.7 tahun



◆ Mereka yang mahu segera berpindah ke flat mereka digalak memohon bagi flat di Keat Hong Grange, Sun Plaza Spring dan Woodlands South Plains



◆ Permohonan bagi flat dalam pelancaran ini boleh dibuat dalam talian di HDB InfoWEB hingga 5 September ini



◆ Pemohon boleh memohon bagi satu jenis/kategori flat di satu banda




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >