Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Pengambilan pekerja SG meningkat suku pertama tahun ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pengambilan pekerja SG meningkat suku pertama tahun ini

Apr 29, 2022 | 05:30 AM

KADAR pengambilan pekerja Singapura terus meningkat dalam tiga bulan pertama tahun ini disebabkan pemulihan dalam jumlah pekerja asing - sebahagian besarnya dalam sektor binaan.

Kadar pengambilan pekerja keseluruhan tumbuh seramai 41,100 pekerja dalam suku pertama tahun ini, tidak termasuk pekerja domestik migran, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporan awal pasaran pekerja yang dikeluarkan semalam.

MOM berkata "kenaikan dalam kadar pengambilan pekerja bukan penduduk jauh lebih besar daripada kadar pengambilan pekerja penduduk" sedang sekatan sempadan dilonggarkan secara bertahap, walaupun bilangan pekerja asing masih sekitar 18 peratus lebih rendah berbanding sebelum pandemik Covid-19.

Kadar pengambilan pekerja bukan penduduk dijangka terus pulih dalam beberapa bulan mendatang, yang menurut MOM akan meredakan pasaran pekerja.

Kadar pengambilan pekerja penduduk, yang kini 3.7 peratus di atas paras sebelum pandemik, juga harus "tumbuh secara sederhana" di tengah-tengah pemulihan ekonomi yang berterusan, menurut kementerian itu.

Walaupun pertumbuhan pengambilan pekerja terkini menandakan keperlahanan daripada kenaikan 47,900 pekerja yang dilihat dalam suku terakhir tahun lalu, ia "kekal pada kadar pertumbuhan yang kukuh", kata MOM.

Sekitar 21,600 pekerjaan bersih yang ditambahkan dalam suku pertama tahun ini datang daripada sektor binaan.

Pekerjaan dalam sektor perkhidmatan pula meningkat sebanyak 11,600, tidak termasuk pekerja domestik migran, sementara sektor perkilangan meraih 7,200 pekerjaan.

Sebahagian besar kenaikan dalam kadar pengambilan pekerja bukan penduduk adalah disebabkan pemegang permit kerja dalam sektor binaan, manakala kadar pengambilan pekerja asing sebahagian besarnya stabil dalam semua sektor lain.

Sementara itu, kadar pengambilan pekerja penduduk terus tumbuh dalam industri seperti infokom dan khidmat kewangan, namun susut dalam industri khidmat runcit, makanan dan minuman (F&B) dan penginapan selepas pengambilan pekerja musim akhir tahun, kata MOM.

Kadar pengangguran kini setanding dengan paras sebelum pandemik juga.

Kadar pengangguran keseluruhan meningkat kepada 2.2 peratus pada Mac, daripada 2.1 peratus pada Februari, manakala kadar pengangguran penduduk kekal sama pada 3 peratus, dan kadar bagi rakyat juga tidak berubah pada 3.2 peratus.

Kadar pemberhentian kerja merosot kepada anggaran 1,300 pekerja dalam suku pertama tahun ini daripada 1,500 pekerja pada hujung tahun lalu, yang disifatkan MOM sebagai angka terendah di tengah-tengah pasaran pekerja yang ketat.

Angka terkini itu merupakan kadar pemberhentian kerja 0.6 bagi setiap 1,000 pekerja.

"Sedang ekonomi yang bertambah baik terus memacu permintaan bagi pekerja, kami menjangkakan kadar pengangguran kekal rendah di tengah-tengah pasaran pekerja yang ketat," kata MOM.

Namun, kementerian itu memberi amaran tentang risiko bahawa gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan dan harga lebih tinggi boleh melemahkan prestasi perniagaan dan permintaan pekerja.

Ini di samping risiko terhadap pertumbuhan ekonomi daripada faktor seperti pandemik Covid-19; konflik Ukraine-Russia; dan pengetatan dasar kewangan dalam ekonomi maju, yang boleh mempengaruhi sentimen.


SEKILAS LAPORAN AWAL PASARAN PEKERJA SUKU PERTAMA

• Kadar pengambilan pekerja keseluruhan tumbuh 41,100 pekerja, disebabkan pemulihan dalam jumlah pekerja asing - sebahagian

besarnya dalam sektor binaan.

• Kadar pengangguran keseluruhan naik sedikit daripada 2.1% pada Februari kepada 2.2% pada Mac, setanding dengan kadar sebelum Covid-19. Kadar bagi penduduk kekal sama pada 3% dan bagi rakyat tidak berubah pada 3.2%.

• Kadar pemberhentian kerja turun kepada paras terendah, dengan 1,300 pekerja diberhentikan kerja atau 0.6 pekerja bagi setiap 1,000 pekerja.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3