Penganalisis: Kawasan undi ditandingi WP dijangka sengit

KAWASAN undi yang dipertandingkan Parti Pekerja (WP) dan kawasan undi di mana Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang tipis dalam pilihan raya umum lalu akan menyaksikan pertandingan sengit dalam pilihan raya umum kali ini, menurut pengamat politik yang dihubungi semalam.

Antara kawasan undi yang akan menyaksikan PAP "berentap" dengan parti pembangkang ialah Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) East Coast dan Marine Parade dan juga kawasan undi perseorangan (SMC) Fengshan, Punggol East dan Sengkang West.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto