Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Pengangguran, pemberhentian kerja naik sedikit: MOM

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pengangguran, pemberhentian kerja naik sedikit: MOM

Jul 27, 2018 | 03:18 PM

PASARAN buruh mula menunjukkan tanda perlahan pada suku kedua tahun ini, selepas peningkatan berterusan sejak Jun tahun lalu.

Demikian menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Kerja (MOM) pada Jumaat.

Perangkaan pengangguran menginjak naik, walau jumlah pekerjaan meningkat kerana lebih ramai orang tertarik dengan pemulihan ekonomi untuk memasuki tenaga buruh dan mencari pekerjaan.

Pemberhentian pekerja juga menginjak naik, dengan pekerja dewasa dan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) menanggung tindakan pemberhentian pekerja.

Secara keseluruhan, kadar pengangguran yang diseseuaikan secara bermusim naik kepada 2.1 peratus berbanding 2 peratus pada suku terakhir dari April hingga Jun.

Bagi rakyat Singapura, kadar itu naik dari 3 peratus kepada 3.1 peratus.
Lebih ramai orang juga kehilangan pekerjaan dalam tempoh yang sama, berbanding tiga bulan sebelum ini.

Selepas mencecah paras rendah selama lima tahun dengan pemberhentian sebanyak 2,320 antara Januari dan Mac, pemberhentian meningkat sehingga 2,500 pada suku kedua. Setahun lalu angkanya ialah 3,640.


Kebanyakan pemberhentian itu adalah daripada sektor perkhidmatan dan pengilangan.


Jumlah pekerjaan, tidak termasuk pembantu rumah asing, berkembang sebanyak 7,100 – peningkatan lebih besar daripada pertumbuhan 400 yang dicatatkan pada suku pertama. Ini adalah hasil peningkatan dalam suasana pekerjaan sektor binaan dan pengilangan, menurut MOM.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3