Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengangkutan awam bertafakur seminit pada 4 petang

Mar 29, 2015 | 02:01 PM



SELURUH sektor pengangkutan Singapura - darat, laut dan udara - akan menghormati satu upacara bertafakur selama seminit pada 4 petang ini sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew.


Di Lapangan Terbang Changi tiada sebarang keberangkatan atau mendarat yang akan berlaku untuk satu tempoh singkat pada 4 petang.


Pengumuman awam akan dibuat kepada para penumpang dan pelawat di ketiga-tiga terminal termasuk kawasan transit, awam dan kakitangan, sebelum dan selepas semboyan yang menandakan permulaan upacara itu.


Sebelum upacara bertafakur itu kesemua kereta api MRT akan berhenti di stesen-stesennya dan membuka pintu, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).


Bas-bas yang sepatutnya berangkat daripada pusat-pusat tukaran dan terminal akan ditangguhkan untuk menghormati upacara bertafakur itu.


Penyiaran Maklumat Penumpang pada rangkaian MRT dan pusat-pusat tukaran bas akan memaparkan 'Seminit Bertafakur untuk Encik Lee Kuan Yew.'


Pengumuman akan dibuat di stesen-stesen dan dalam kereta api.


Kesemua tapak kerja MRT dan jalan raya akan dihentikan seketika sebagai menandakan upcara bertafakur itu.


Para pekerja pelabuhan di terminal-terminal kontainer di Brani, Keppel dan Tanjong Pagar, berserta mereka yang bekerja di terminal feri dan kapal peleseran HarbourFront serta Marina South Pier, telah menghentikan operasi sekitar 1 petang tadi semasa berlangsungnya upacara pelayaran oleh dua kapal Republik Angkatan Laut Singapura.


Mereka yang berada di terminal PSA dan Jurong Port, serta di terminal kapal peleseran dan feri selain tempat mendarat yang diuruskan MPA, Marina Bay Cruise Centre (MBCC) dan Singapore Cruise Centre (SCC), akan turut serta dalam upacara penghormatan bertafakur itu pada 4 petang ini.


Siaran langsung upacara pengebumian negara itu juga akan ditayangkan di terminal-terminal


MBCC dan SCC .


Kesemua 181 skrin televisyen di ruang-ruang menunggu di seluruh Lapangan Terbang Changi juga akan menayangkan lintas langsung upacara pengkebumian negara mendiang Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >