Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Penganjur lumba basikal haram HolyCrit dihukum penjara, denda

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penganjur lumba basikal haram HolyCrit dihukum penjara, denda

Oct 04, 2016 | 03:30 PM

DUA lelaki yang menganjur dan mempromosikan perlumbaan basikal tanpa kelulusan dan permit polis dihukum penjara tujuh hari dan denda $5,000 setiap seorang pada Selasa (4 Okt).

Bekas pemilik kedai basikal Eric Khoo Shui Yan, 29 tahun, dan pengurus projek Zulkifli Awab, 40 tahun, mengaku bersalah pada Jun terhadap empat pertuduhan setiap orang - dua kerana mempromosikan perlumbaan tanpa kelulusan dan dua bagi menganjurkannya tanpa permit.

Sebanyak 12 tuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Kesemuanya, mereka menganjurkan lapan edisi perlumbaan waktu malam yang dipanggil HolyCrit di pelbagai lokasi di seluruh Singapura.

Dua perlumbaan yang dibicarakan ialah di Stadium Drive pada 26 September 2014 dan Tanglin Halt Road pada 29 Nov tahun itu.

Dua lelaki itu bertemu melalui hobi bersama mereka itu dan akhirnya mencetuskan idea menganjurkan siri perlumbaan basikal dengan gear tetap, iaitu basikal yang mempunyai hanya satu gear dan tiada brek.

Setiap peserta perlumbaan membayar yuran pendaftaran $10 kepada mereka dan wang itu dikumpulkan untuk diberi kepada pemenang pertama.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yvonne Poon berkata Khoo dan Zulkifli melawat lokasi perlumbaan berpotensi, memerhatikan keadaan trafik di tempat kejadian, dan merancang laluan dengan titik permulaan dan akhir sebelum mengesahkan penggunaan lokasi itu.

Zulkilfli bertanggungjawab bagi memberi taklimat kepada penunggang basikal mengenai laluan perlumbaan, peraturannya, peraturan keselamatan asas dan pakaian yang harus dipakai, dan lampu harus dipasang pada basikal.

Semasa perlumbaan, peserta perlu melakukan pusingan di sepanjang laluan itu selama 35 minit. Untuk diisytihar sebagai pemenang, ada dua pusingan terakhir di mana peserta berlumba antara satu sama lain untuk menjadi pelumba pertama sampai ke garisan penamat.

Mahkamah diberitahu bahawa dalam perlumbaan pada November 2014, 32 penunggang mengambil bahagian dan terdapat sebilangan besar penonton.

Terdapat tapak binaan berhampiran. Mereka berdua mendapatkan tujuh hingga lapan kon lalu lintas dari tepi jalan untuk menandakan titik pusingan dari Tanglin Halt Road ke Tanglin Halt Close.

Seorang lelaki berusia 25 tahun menghubungi polis pada 11.49 malam, menyatakan beliau hampir melanggar penunggang basikal itu dan tidak sedar ada perlumbaan sedang berlangsung.

Peguam Khoo dan Zulkifli meminta hukuman penjara sehari nominal bagi tuduhan mempromosikan perlumbaan itu.

Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Carol Ling berkata beliau tidak fikir hukuman penjara dua hari bagi setiap tertuduh mencukupi. Beliau berkata ada perbuatan tidak menghormati undang-undang dalam menganjurkan perlumbaan HolyCrit.

Cik Ling berkata keselamatan awam dikompromi, dan kedua-dua tertuduh tidak menimbangkan pengguna sah jalan raya dan meletak keselamatan peserta dan penonton perlumbaan itu dalam bahaya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3