Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengantaraan bantu hurai pertikaian majlis kahwin dengan damai, secara baik

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



SELAMA enam bulan, pemilik syarikat andaman yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Sharifah menunggu bayaran daripada pelanggannya yang membatalkan majlis persandingannya kurang 24 jam daripada tarikh majlis.



Pelanggannya itu perlu melunaskan baki bayaran lebih $1,900 kerana membatalkan perkahwinan pada saat akhir kerana tidak lagi sehaluan dengan pasangannya akibat segala sekatan berkaitan Covid-19.



Tetapi, perjanjian yang dipersetujui antara Cik Sharifah dan pelanggannya untuk membuat bayaran setiap bulan, tidak diendahkan pelanggan tersebut.



Ekoran demikian, Cik Sharifah mengambil tindakan sekitar dua bulan lalu dengan mendapatkan khidmat pengantaraan.



Menerusi perintah mahkamah, pelanggan itu perlu membayar Cik Sharifah, $200 setiap bulan sehingga Mac 2022.



"Sekurang-kurangnya dengan adanya campur tangan pihak ketiga menjadi pengantara dan mempunyai kuasa, ia dapat menyelesaikan pertikaian ini," katanya lagi.



Berbanding Cik Sharifah yang perlu membayar bagi khidmat pengantaraan itu, pasangan lain yang terjejas akibat sekatan Covid-19 dan mengalami pertikaian kontrak dengan penyedia khidmat perkahwinan, boleh memanfaatkan khidmat pengantaraan percuma yang kini ditawarkan Kementerian Undang-Undang (MinLaw).



Khidmat itu yang pada awalnya hanya boleh dimanfaatkan bagi majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung antara 8 Mei sehingga akhir bulan ini, kini akan dilanjutkan kepada 30 September.



Beberapa penyedia khidmat perkahwinan lain yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata, pengantaraan dapat menghuraikan pertikaian dalam suasana yang damai, tidak bermusuhan dan secara baik.



Pemilik Puteri Wedding Services, Cik Aishah Jaafar berkata beliau sering menasihati pelanggan agar menangguhkan perkahwinan dan tidak membatalkannya supaya wang cengkeram yang telah pun dibayar tidak hilang begitu sahaja.



"Mengikut kontrak, kita tidak boleh mengembalikan wang cengkeram, justeru kami memberi tempoh selama setahun untuk pengantin menangguhkan perkahwinan mereka.



"Kita akan cuba merancang perkahwinan mereka pada tarikh yang baru dengan tidak mengenakan sebarang kos tambahan. Kita akan terus mengotakan perjanjian kontrak," katanya.



Namun menurut Cik Aishah, dengan adanya khidmat pengantaraan ia akan dapat mengurangkan tuduh-menuduh dan ada kalanya salah faham yang tidak berasas.



"Dengan pengantaraan, kedua-dua pihak dapat mengetahui duduk perkara sebenar dan huraian yang dipersetujui bersama, dapat dicapai," katanya yang telah membayar balik semula wang sebanyak $89,000 kepada pelanggannya apabila majlis perlu dibatalkan secara mendadak semasa pemutus litar pertama diumumkan tahun lalu.



Bagi pemilik Sentimental Wedding, Cik Juliana Maktob meski tiada bakal pasangan mempelainya yang telah mendapatkan khidmat pengantaraan sejauh ini, beliau berkata cabaran yang dihadapi penyedia khidmat perkahwinan pasca-Covid-19, memang berlainan.



"Pembatalan, penangguhan majlis, mengembalikan wang semula memang seakan menjadi satu lumrah baru bagi penyedia khidmat perkahwinan sekarang. Kita hanya perlu terus bertahan secara mental dan fizikal terutama apabila pelanggan melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap peraturan yang sentiasa berubah dan menjejas rancangan perkahwinan mereka," katanya.



Bakal mempelai, pegawai perkhidmatan awam, Encik Hakim Yusof, 30 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan menjelang Oktober nanti, berkata buat masa ini beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terburu-buru dan mengambil langkah tunggu dan lihat.



"Kami telah menandatangani kontrak bagi majlis untuk 250 orang tetapi sekiranya tiba masa kami nanti, jika pemerintah mengenakan peraturan baru untuk mengurangkan bilangan tetamu, kami akan patuhi atau paling tidak, kami akan tangguhkan perkahwinan," katanya yang telah membayar wang cengkeram $2,000 untuk mendapatkan tarikh dan tempat yang diingini.



Seorang bakal pengantin yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Emma, 25 tahun berkata majlis persandingannya yang sepatutnya diadakan bulan depan telah pun beliau batalkan akibat langkah kewaspadaan dipertingkat yang diumumkan pemerintah.



Beliau telah pun membayar wang cengkeram lebih $2,600 tetapi tidak menerima sebarang pulangan wang daripada penyedia khidmat perkahwinan walaupun telah membatalkan majlis.



"Pihak penyedia perkahwinan itu hanya sarankan agar saya menyerahkan pakej itu kepada pasangan lain tetapi saya perlu mencari pasangan itu dan perlu berurusan berhubung aspek kewangan dengan pasangan itu sendiri.



"Kami akan cuba khidmat pengantaraan ini tapi kami tahu harapan kami agak tipis," katanya lagi.




“Dengan pengantaraan, kedua-dua pihak dapat mengetahui duduk perkara sebenar dan huraian yang dipersetujui bersama, dapat dicapai.”
– Pemilik Puteri Wedding Services, Cik Aishah Jaafar yang telah membayar balik semula wang sebanyak $89,000 kepada pelanggannya apabila majlis perlu dibatalkan secara mendadak semasa pemutus litar pertama diumumkan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >