Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah CNB bersara 6 November ini

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



PENGARAH Biro Narkotik Pusat (CNB), Encik Ng Ser Song, 60 tahun, akan bersara 6 November ini dan bakal menggantikan tempatnya ialah Encik Tee Chong Fui Sam, 52 tahun, yang kini merupakan pengarah kanan Kumpulan Operasi Bersama di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Encik Tee akan dilantik sebagai bakal pengarah CNB pada 15 Ogos ini, dan sebagai pengarah CNB pada 6 November, menurut kenyataan MHA semalam.



Sepanjang 27 tahun berkhidmat bersama Home Team, Encik Tee telah memegang pelbagai jawatan termasuk Timbalan Komander Divisyen Polis Clementi, Timbalan Komander Polis Pengawal Pantai (PCG), Komander Divisyen Polis Lapangan Terbang dan Komander Polis Trafik.



Encik Ng, yang akan mengundurkan diri memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1987 bersama Pasukan Polis Singapura (SPF), di mana beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Komander Divisyen Polis Lapangan Terbang, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, dan Pengarah Jabatan Risikan Polis.



Encik Ng, yang dilantik sebagai pengarah CNB pada 1 Februari 2012, merupakan pejuang kuat pendirian toleransi sifar Singapura terhadap dadah.



Sepanjang beliau memegang jawatan, CNB mencapai hasil operasi yang membanggakan, termasuk operasi berjaya bersama rakan antarabangsa ke atas sindiket berpangkalan luar negara yang membekalkan dadah kepada Singapura.



Lebih 20 sindiket dadah ditumpaskan setiap tahun dengan jumlah rekod dadah yang dirampas dalam beberapa operasi ini.



Encik Ng turut bantu memperjuangkan pindaan kepada Akta Penyalahgunaan Dadah untuk mempertingkat hasil pemulihan bagi pesalah dadah dan kuasa penguatkuasaan CNB.



Ini termasuk undang-undang baru yang diperkenalkan untuk menghalang dan menghukum perbuatan membahayakan kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >