Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pengarah firma dihukum jel, denda terlibat perbuatan ubah wang haram $284,000

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda $5,000 semalam bagi peranannya dalam satu skim pengubahan wang melibatkan sebuah syarikat, di mana dia menjadi pengarahnya, yang menerima hasil jenayah berjumlah lebih AS$200,000 ($284,000).



Leo Shiou Juanq, 55 tahun, mendaftar sebuah syarikat - Oasis Mg - dan membuka dua akaun bank korporat antara Ogos dengan September 2018. Dia berbuat demikian atas arahan seorang lelaki tidak dikenal pasti yang dikenali sebagai Max, kata polis.



Lelaki itu menghubungi Leo pada Mei tahun itu, menawarkan pinjaman dan cara mendapatkan wang tanpa perlu meminjam daripadanya.



Walaupun Leo pengarah syarikat itu, akaun bank tersebut di bawah kawalan Max setelah Leo memberi token bank, kad mesin juruwang automaik (ATM), serta buku cek berkait dua akaun itu.



"Antara Mac dengan Mei 2019, hasil jenayah berjumlah AS$204,901 disalurkan melalui akaun itu. Hasil jenayah itu berasal daripada beberapa mangsa, yang membuat pemindahan wang kerana percaya mereka membeli saham pelaburan," kata polis.



Dalam kenyataannya, polis berkata Leo diberi amaran pada awal 2019 agar mengelak menyerahkan kawalan akaun banknya kepada orang lain.



Dia juga menerima beberapa permintaan penarikan balik dana daripada bank berkaitan transaksi mencurigakan menggunakan akaun Oasis, tetapi Leo terus bertindak mengikut arahan Max dan memilih tidak melaporkan perkara itu atau menutup akaun.



Atas kesalahan membantu perbuatan jenayah dan gagal membuat pemeriksaan secara munasabah sebagai pengarah syarikat, Leo disabitkan dengan kesalahan Akta Rasuah, Pemerdagangan Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Manfaat) (CDSA), dan Akta Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >