Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah firma 'lesap' lepas dikata ambil emas dan wang pelabur

Oct 21, 2015 | 09:40 AM



SEKURANG-KURANGNYA tujuh laporan polis telah dibuat terhadap seorang ahli perniagaan warga Singapura yang dipercayai telah menghilangkan diri selepas didakwa mengambil wang dan emas pelanggan.


Setengah dozen pelabur tempatan Valiant Capital, sebuah syarikat perdagangan emas yang berdaftar di Singapura, berkata mereka tidak menerima dividen yang telah dijanjikan kepada mereka dan tidak dapat menghubungi pengarahnya, Simon Goh Chee Kin, sejak Jun.


Mereka melabur lebih daripada $2.5 juta dengan syarikat itu, kata enam daripada mereka, menurut akhbar The Straits Times pada Rabu (21 Okt).


Mereka semua bekas pelanggan syarikat perdagangan emas yang sudah gulung tikar, Genneva Gold, yang diserbu Jabatan Hal Ehwal Perniagaan (CAD) pada 2012.


Para pelabur itu berkata Encik Goh bekas pekerja Genneva yang menubuhkan Valiant Capital pada akhir 2012 dan berjanji akan membantu mereka mendapatkan kembali wang mereka yang hilang.


Mereka berkata mereka menerima dividen bulanan 1 peratus hingga 2 peratus selama beberapa bulan, sebelum pembayaran itu berhenti.


Pejabat syarikat itu Orchard Towers telah kosong sejak beberapa bulan dan pelabur berkata Encik Goh menggunakan wang dan emas mereka untuk membiayai operasinya di Shanghai.


Encik Goh, 30-an tahun, juga telah dituduh melakukan kesalahan di China. Satu artikel pada 3 Julai dalam akhbar Shanghai Morning Post melaporkan bahawa kira-kira 300 pelabur China, kebanyakannya warga emas, terkapai-kapai selepas melabur kira-kira 100 juta yuan ($22 juta) dengan pejabat Shanghai Valiant Capital, dan tidak dapat menghubungi Encik Goh.


Menurut rekod mahkamah daerah Xuhui di Shanghai, Encik Goh dan isterinya Sophia dijadualkan di mahkamah Mei depan sebagai defendan dalam satu saman sivil berhubung pinjaman peribadi.


The Straits Times melaporkan dalam respons kepada pertanyaan, polis Singapura berkata "tidak sesuai mengulas mengenai siasatan polis, jika ada".


Valiant Capital syarikat pelaburan emas terbaru menerima aduan pelabur.


Pada 2012, lebih 10,000 pelabur kehilangan wang yang mereka labuar bersama Genneva Gold. Setahun kemudian, pengasas syarikat The Gold Guarantee, Lee Song Teck, melarikan diri.


Pada Februari lalu, lebih 100 orang membuat laporan kepada CAD terhadap Suisse International.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >