Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah hadapi tuduhan bunuh rakan niaga masih di hospital

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pengarah syarikat ubah elok yang telah melarikan diri dari Singapura selepas dia didakwa membunuh rakan perniagaannya tidak hadir di mahkamah daerah semalam kerana dia masih dirawat di Hospital Besar Changi.



Tidak disebutkan mengapa dia dimasukkan ke hospital.



Caleb Joshua Chai Shanmugam, 50 tahun, didakwa membunuh pada 18 November lalu.



Dia akan ditahan reman di Divisyen Polis Central selepas dibenarkan pulang dari hospital dan kesnya ditangguhkan ke 2 Disember.



Chai dituduh membunuh Cik Ang Qi Ying, 27 tahun, di sebuah unit tingkat bawah di Blok 2 Beach Road sekitar 7 malam pada 9 November lalu.



Pasangan itu adalah pengarah bersama Smart Click Services.



The Straits Times sebelum ini melaporkan bahawa Cik Ang telah hilang pada 9 November, mendorong rakan-rakan dan keluarga untuk mendapatkan maklumat mengenai keberadaannya.



Mesej terakhirnya adalah kepada ibunya pada hari itu, menyatakan bahawa beliau tidak akan pulang ke rumah.



Selepas dia didakwa membunuh Cik Ang, Chai pergi ke Malaysia pada 10 November.



Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis berkata pegawai dimaklumkan mengenai kes kematian luar biasa di kedai itu empat hari selepas pembunuhan itu.



Polis berkata dalam kenyataan tersebut: "(Wanita itu) dikaitkan dengan laporan orang hilang yang dibuat pada petang 10 November dan polis telah mengenal pasti seorang lelaki berusia 50 tahun berhubung kes itu."



Dengan bantuan Polis Diraja Malaysia, Chai telah ditangkap di Johor Bahru pada 16 November dan diserahkan kepada polis Singapura.



Chai diwakili peguam Suang Wijaya dan Sophia Ng dari Eugene Thuraisingam LLP.



Mereka yang didapati bersalah membunuh menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >