Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah kanan MTI 'perunding perdagangan terbaik SG'

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



ANTARA individu yang berada di balik pakatan perdagangan terbesar dunia yang dimeterai kelmarin ialah seorang pegawai wanita.



Cik Sulaimah Mahmood merupakan Ketua Perunding Singapura bagi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).



Malah, pengarah kanan di Divisyen Asean dan Divisyen Asia Tenggara dan Oceania, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), itu dipuji sebagai antara perunding perdagangan terbaik Singapura oleh Duta Kelana Profesor Tommy Koh.



RCEP ditandatangani 15 negara di Sidang Puncak Asean ke-37 kelmarin, merangkumi 10 negara Asean iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam, di samping China, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Australia.



Ini merupakan perjanjian perdagangan bebas terbesar dan paling menyeluruh di dunia.



Secara keseluruhan, RCEP merangkumi 30 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia.



Hampir sepertiga jumlah penduduk dunia menetap dalam 15 negara terbabit.



Dalam catatannya di Facebook semalam, Profesor Koh berkata:



"Setelah berkhidmat sebagai Ketua Perunding Singapura bagi Perdagangan Bebas Amerika Syarikat- Singapura, saya ingin mengatakan bahawa merunding perjanjian perdagangan adalah kerja keras.



"Merunding perjanjian bersama 14 negara lain adalah sangat sukar dan mengambil lapan tahun untuk dimeterai.



"Saya juga ingin mengatakan bahawa antara perunding perdagangan terbaik kita adalah wanita seperti (Cik) Sulaimah dan (Cik) Ng Bee Kim."



Profesor Koh turut menambah bahawa RCEP akan memberi manfaat kepada Singapura dengan memperluaskan lagi ruang ekonomi negara.



"Sebab mengapa Singapura telah memeterai banyak perjanjian perdagangan bebas adalah kerana perjanjian ini memperluas ruang ekonomi kita.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perunding perdagangan kami, pada masa dahulu dan sekarang, atas sumbangan mereka kepada kepentingan nasional Singapura," jelasnya.




"Setelah berkhidmat sebagai Ketua Perunding Singapura bagi Perdagangan Bebas Amerika Syarikat-Singapura, saya ingin mengatakan bahawa merunding perjanjian perdagangan adalah kerja keras.

"Merunding perjanjian bersama 14 negara lain adalah sangat sukar dan mengambil lapan tahun untuk dimeterai.

"Saya juga ingin mengatakan bahawa antara perunding perdagangan terbaik kita adalah wanita seperti (Cik) Sulaimah dan (Cik) Ng Bee Kim."

- Profesor Tommy Koh, Duta Kelana, dalam catatannya di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >