Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:13
Isyak
8:22
Setempat

Pengarah lembaga, pengurusan kanan SPH suka rela potong gaji

Mar 26, 2020 | 10:31 PM

PARA anggota lembaga Singapore Press Holdings (SPH) secara suka rela akan mengambil pemotongan 10 peratus daripada bayaran pengarah manakala gaji pengurusan kanan akan dipotong. 

Langkah itu diambil sebagai tanda perpaduan dan simpati dengan rakan warga negara yang berdepan dengan ancaman wabak Covid-19, kata SPH dalam kenyataannya pada Khamis ( 26 Mac).

Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Ng Yat Chung akan mengambil potongan gaji 10 peratus manakala kakitangan pengurusan kanan akan dipotong gaji sebanyak 5 peratus. 

“Wabak global ini telah menjejas perniagaan kami dan memberi cabaran kepada pemegang saham.

“Kami dengan suka rela menerima potongan gaji supaya dapat berada dalam kedudukan lebih baik untuk mengharungi masa sukar ini dengan pemegang saham kami,” kata Encik Ng. 

Pemotongan gaji itu akan bermula bulan depan dan disemak semula pada akhir tahun ini. 

Sementara itu, dana pelaburan hartanah milik syarikat media itu, SPH Reit juga berkata rebat cukai hartanah akan disalurkan kepada penyewanya dengan cara yang tertumpu.  

Ini selepas Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan hartanah komersial yang layak tidak membayar cukai hartanah pada tahun ini dan perniagaan di hartanah bukan kediaman, akan menerima rebat sebanyak 30 peratus.

Secara berasingan, Yayasan SPH akan menyumbang $100,000 kepada Dana Keberanian bagi membantu keluarga, individu dan mereka yang bekerja di barisan hadapan yang dijejas oleh wabak yang sedang berterusan. 

 

Artikel Terkini